Tiba2 Pengs@n Dalm Kelas, Pelajar PT3 Menlnggal Dvnia Hari Pertama Sekolah

Hari pertama sesi persekolahan selepas empat bulan bercuti berikutan tempoh PKP, dikejutkan dengan satu berita dukacita setelah dimaklumkan seorang pelajar didapati meninggal dunia di dalam kelas.

Pelajar terbabit, dikenali Amiruddin Naim Ariffin, 15, difahamkan berada dalam keadaan sihat sebelum tiba-tiba pengsan di dalam kelas dan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

Tidak tunjuk gejala sakit

Berita melaporkan, arwah tidak menunjukkan gejala sakit malah semasa pemeriksaan suhu sebelum memasuki sekolah dilakukan, arwah berada dalam keadaan baik.

Amiruddin Naim Ariffin yang merupakan pelajar tingkatan 3 Amanah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia, Kuala Lumpur, dimaklumkan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan proses bedah siasat akan dijalankan oleh pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Wilayahku & Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tiba2 Pengs@n Dalm Kelas, Pelajar PT3 Menlnggal Dvnia Hari Pertama Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*