“Bukan Nak Takvtkan Ameena Tapi Shakilla” Fizi Jawab Isv Prank Gvna Dar@h Palsv

Penyampai radio dan pengacara Fizi Ali, 31, menyatakan dia tidak mempunyai niat untuk menakutkan anak kesayangannya, Ameena Sofia menggunakan cecair merah seakan seperti darah.

Kata Fizi, prank itu untuk isterinya, Shakilla Khoriri namun ketika itu Ameena terjaga dari tidur.

“Kalau ikutkan prank darah tu memang tak disengajakan nak takutkan Ameena. Saya nak buat kat Killa.

“Itu caranya saya nak tunjuk saya sayang isteri. Bukan setakat bagi benda sweet ja kadang-kadang kena buat dia marah.

“Sepatutnya Ameena dah tidur sebab dah pukul 3 pagi. Malam tu dia tetiba terjaga masa kami tengah rakam video. Saya tak sangka pulak sampai jadi macam tu,” katanya ketika dihubungi

Tambah Fizi, keadaan Ameena masih seperti biasa cuma pada malam itu dia agak terkejut.


Walaubagaimanapun, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin akan lebih berwaspada selepas ini terutamanya dengan isu sensitif.

“Ameena okey ja cuma masa tu dia terkejut sikit. Dekat komen ramai cakap Ameena akan trauma tapi alhamdulillah setakat ini dia pandang muka saya macam biasa.

“Selepas ini saya kena lebih berwaspada dengan perkara macam ni. Kalau saya tak post video tu pun benda dah jadi. Alang-alang tu saya post ja la. Harap lepas ini tak berlaku lagi,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

sumpah aku tak nak main game macam ni dah!!!hmmm..tengok kat youtube fizikilla channel..😖😖😖 @ameenasofia_ @shakillakhoriri

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on

Sebelum ini, Fizi menerima kecaman daripada kalangan pengikutnya selepas memuat naik sebuah teaser video sedang muntah darah sambil dipandang Ameena.

“@shuffique: Ia tidak lucu apabila anda melakukan prank seperti itu di hadapan anak anda. Sama sekali tidak lucu.

“@ordinary_person8: Buat benda prank gini depan anak? Jangan sampai anak jadi betul-batul takut dan fobia..Budak kecik besar tu dia takkan faham kalau awak kata itu cuma gurauan dan prank, yang dia faham adalah apa yang dia nampak..Harap lain kali jangan buat lagi.

“@x_ztykhd: Tak kelakar la weh kesian anak tu. Dorang tengah nak explore jangan takutkan budak-budak. Bahaya, boleh prank tapi ada limit la.

“@abg_syed__: Prank bodoh nak buat content banyak lagi benda boleh buat.

“@detiezawawi: Jangan buat ni depan anak baya Ameena. Suami saya pernah kejutkan anak main sorok-sorok dalam gelap. Sampai sekarang tidur bukak lampu, tak boleh duk dalam gelap. Tak kelakar. Ia mengganggu psikologi budak tu. Tolong Fizi cari prank yang tak libatkan anak,” antara komen-komen yang ditinggalkan.

Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia setahun empat bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bukan Nak Takvtkan Ameena Tapi Shakilla” Fizi Jawab Isv Prank Gvna Dar@h Palsv"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*