Tak Dapat Masvk Masjid, Bek@s MB Negeri Sembilan Solat Jumaat Luar Pagar

Semalam merupakan hari dimana kaum lelaki beragama Islam menunaikan solat Jumaat. Pastinya dalam tempoh pendemik ini, jumlah pengunjung yang ingin menunaikan kewajiban solat Jumaat terpaksa dihadkan demi mengelakkan sebarang penularan.

Oleh itu, disesetengah masjid, mereka yang hadir lewat terpaksa solat di luar pagar kerana pihak pengurusan lebih mengutamakan mereka yang sudah tiba lebih awal disana.

Solat luar pagar

Jadi, menerusi satu perkongsian di media sosial, gambar bekas menteri besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan solat diluar pintu pagar masjid kerana tidak dapat masuk ke dalam bagi menunaikan solat Jumaat telah tular.

Bergambar dengan AJK masjid lepas solat

Dalam muat naik tersebut, jelas kelihatan Tok Mat hanya duduk beralaskan sejadah yang dibawa dan dibentang di tar jalan betul-betul dihadapan pintu pagar masjid.

Walau bagaimanapun, seusai daripada menunaikan solat, Tok Mat sempat bergambar dengan pihak pengurusan masjid yang menyedari kehadiran bekas menteri besar itu.

Terbaik Tok Mat

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen diruangan Facebok sumber. Kebanyakkan daripada mereka memuji sikap yang ditunjukkan Tok Mat kepada masyarakat kerana tetap merendah diri.

Solat luar pagar pun boleh

Contoh macam ni la baik

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Sahabat Tok Mat

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tak Dapat Masvk Masjid, Bek@s MB Negeri Sembilan Solat Jumaat Luar Pagar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*