“Tolak Jadi PM Untuk Gabungan ‘Tak Suci’” Tun M Dedah Sebab Sebenar Beliau Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7

Ketika berita tular mengenai ‘Langkah Sheraton’, ramai rakyat mula tertanya-tanya krisis apa yang berlaku pada politik Malaysia ketika itu.

Tak lama selepas itu, Tun M letakkan jawatannya sebagai perdana menteri ke-7, mengejutkan semua orang yang masih tak faham dengan apa yang berlaku. Sampai sekarang, ramai yang keliru dengan sebab sebenar.

Baru-baru ini, menerusi blog dan Twitter peribadi, Tun M membuat keputusan untuk kongsikan apa proses pemikirannya ketika itu dengan tajuk “My Resignation”.

Dekat bawah ni adalah terjemahan dari apa yang dikongsikan oleh Tun M.

1. Hari ini kami ada kerajaan dengan majoriti yang sangat tipis – hanya 2

2. Macam mana ia boleh berlaku?”

3. Bila Najib kalah pada Pilihanraya Umum ke-14, dia tahu yang dia akan dipenjarakan atas jenayah yang telah dia lakukan.

4. Segera dia cadangkan agar PAS tubuhkan Kerajaan Melayu Islam.

5. Tapi meraka tak cukup orang untuk bentuk kerajaan. Dia perlukan lebih ramai sokongan Melayu.

6. Dia dakwa Kerajaan PH didominasi oleh DAP dan DAP akan hancurkan Melayu.”

7. Untuk mengusir DAP, Kerajaan PH perlu digulingkan. Untuk ini, Bersatu perlu tinggalkan PH. Ia patut sertai UMNO dan PAS untuk buat kerajaan baru.

8. Hamzah Zainuddin berusaha dapatkan sokongan ahli-ahli UMNO untuk jadikan saya Perdana Menteri bagi parti gabungan baru ini. Malah, dia berjaya dapatkan sokongan Najib.”

9. Saya bangkang langkah ini. Tapi Muhyiddin sokong. Majoriti dalam Bersatu sokong Muhyiddin.

10. Bila Bersatu tinggalkan PH, PH berhenti jadi kerajaan. Ini bermakna semua ahli kabinet hilang posisi menteri. Ini termasuk saya. Saya dah hilang posisi saya sebagai Perdana Menteri. Letak jawatan hanyalah formaliti.

11. Saya tolak jadi PM untuk kerajaan UMNO/PAS/Bersatu kerana ini bermakna saya perlu bekerja dengan UMNO dan Najib, orang yang saya kutuk dan kalahkan pada PRU 14. Saya akan hidupkan balik UMNO dan jadikan mereka sebahagian dari kerajaan (kalau saya terima)

12. Saya akan mengkhianati orang-orang yang sokong saya dalam pilhan raya. Saya juga akan ingkari janji saya terhadap parti-parti lain dalam gabugan PH.

Saya tak boleh terima cadangan yang saya patut jadi Perdana Menteri untuk gabungan tak suci ni.

13. Kerana Muhyiddin sanggup, saya tinggalkan kumpulannya.

14. Hari ini keahlian saya dalam Bersatu dan sebagai Pengerusinya telah digugurkan. Saya telah pergi ke mahkamah untuk mempertikaikan kesahihan pemecatan saya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tolak Jadi PM Untuk Gabungan ‘Tak Suci’” Tun M Dedah Sebab Sebenar Beliau Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*