Sanggup Beratur Panjang, Ustaz Ebit Sebak Sokongan Orang Ramai Bvat Elewsmart

Selepas beberapa bulan berhempas pulas, akhirnya hasrat pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tercapai jua dimana hari ini merupakan hari pertama pembukaan pasaraya Elewsmart miliknya di Bandar Baru Bangi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ustaz Ebit berkongsikan keadaan di sana dimana beratus orang beratur panjang pada hari pembukaan itu. Dalam entri itu, Ustaz Ebit sebak dengan sokongan luar biasa diberikan orang ramai.

Lebih terharu, Ustaz Ebit berkata ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin memberikan sokongan kepada pembukaan cawangan pertama Elewsmart.


Masing-masing bertegur sapa walaupun tidak dapat berkenalan secara rapat berikutan keadaan pasaraya yang begitu meriah.

Menerusi foto dikongsikan, Ustaz Ebit turut sama-sama mengedarkan aiskrim kepada kanak-kanak dan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama individu yang  amat disayangi rakyat Malaysia itu.

Esok, cawangan kedua daripada 10 cawangan akan dibuka secara rasminya di TTDI Grove Kajang. Antara cawangan lain yang akan dibuka seterusnya adalah di Cyberjaya, Dataran Perniagaan Cheras dan Prima Sri Gombak Batu Caves.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sanggup Beratur Panjang, Ustaz Ebit Sebak Sokongan Orang Ramai Bvat Elewsmart"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*