“Benda Ini Akan Jatvhkan Alr Muka Anak2..” Penyanyi Alina Hassan

” Sekarang ini, apabila anak-anak datang saya terpaksa sewa homestay.

” Memang dah lama saya nakkan sebuah rumah yang selesa.

Demikian luahan penyanyi Alina Hassan meluahkan perasaannya yang ingin menyewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Kisah Alina, 52, yang juga Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 tular apabila menghuni bilik berkeluasan 1.5 meter X 2.4 meter di sebuah rumah kedai di Setapak, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu.

Dia yang menyewa bilik kecil itu dengan sewa RM230 sebulan, bagaimanapun tidak pernah mengeluh kerana menyedari hanya setakat itu kemampuannya.

Alina, bagaimanapun merahsiakan keper1itan hidupnya daripada pengetahuan anak-anak yang kini tinggal bersama bekas suami di Terengganu kerana tidak mahu menganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran.

” Apabila kisah saya keluar di media, mereka tak tahu tapi kawan-kawan dan guru akan bertanya. Ini mungkin menjatuhkan air muka, atau buat mereka terperanjat.

” Saya tak pernah tunjuk susah depan mereka. Lagipun, mereka tak tahu sangat kerana tak baca akhbar. Kalau tahu pun dari guru dan kawan-kawan yang bertanya.

” Saya nak bawa anak-anak tinggal bersama. Bekas suami pun tiada masalah nak benarkan.

” Tapi masalah utama, saya tiada rumah lagi,” katanya yang sudah lama membuat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Alina mempunyai empat anak lelaki, tetapi yang sulung sudah meninggI dunia.

Anak keduanya, Mohd Alif, 19, menghidap avtisme, yang ketiga, Mohd Amin, 18, akan mendaftar masuk di sebuah universiti pada Ogos nanti manakala anak bongsu, Mohd Azam, 15, sedang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu.

” Kita mesti nak anak-anak membesar depan mata. Kalau duduk dengan anak, walau tak berduit hidup susah makan ikan masin pun, kita gembira.

” Janji anak ada depan mata. Mohd Alif, takkan makan nasi kalau bukan saya yang suapkan. Dia takkan makan, kalau orang lain suap.

” Bahkan dia kerap memerap dalam bilik. Bila balik sana saya suapkan dia makan

” Kalau dapat rumah, saya nak bawa dia datang duduk dengan saya. Buat masa ini, saya kerap juga balik tengok dia. Kalau ada duit lebih, saya akan balik tengok dia,” katanya.

Alina berkata, kadangkala dia terpaksa meminta jasa baik bekas suami memberikan wang untuk dia balik menjenguk anak-anak.

” Saya perlu berikan perhatian kepada Mohd Alif kerana dia suka berkurung dalam bilik. Namun, Alhamdulillah dia pandai uruskan diri seperti mandi sendiri.

” Bekas suami tiada masalah jika saya nak ambil Mohd Alif. Perkara ini sudah kami bincangkan, cuma saya kena ada rumah bukannya bilik sewa yang kecil,” katanya.

Alina yang turut menghidap ekzema dan mempunyai masalah penglihatan mata kanan akibat katarak, berkata dua lagi anaknya pasti nak datang bertemunya setiap kali cuti sekolah.

Turut mempunyai masalah dar4h tinggi yang terkawal tanpa perlu mengambil ub4t, Alina juga meminta warganet tenang kerana kita tidak tahu apa hikmah yang Allah nak beri pada setiap dugaan itu.

” Apa yang boleh saya kata, jangan doakan atau cakap benda yang tak elok kepada nasib orang lain. Masing-masing di antara kita pasti ada ujian hidup sendiri.

Lagipun saya minta rumah bukan nak duduk percuma, sebaliknya nak bayar sewa,” katanya yang bersyukur banyak pihak tampi membantu.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro mendapati bilik Alina sememangnya sempit.

Disitulah tempatnya berehat melepaskan lelah, makan dan tidur.

Bahkan apabila mahu solat, dia terpaksa mengangkat tilam nipis untuk meletakkan sejadah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:http://transformasi.host/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Benda Ini Akan Jatvhkan Alr Muka Anak2..” Penyanyi Alina Hassan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*