“Kenapa Kita Tak Boleh Kongsikan Sedikit…,” Ambil Contoh Kisah Wan Maimunah, Mira Filzah Bersuara Mengenai…

1su royalti melibatkan para penggiat seni khususnya buat pelakon dilihat seperti tiada penghujungnya.

Ada di antara mereka yang terp4ksa hidup sukar akib4t s4kit ataupun tiada lagi tawaran lakonan meski, karya mereka masih lagi diulang tayang di televisyen mahupun platform-platform digital.

Lantaran itu, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengambil inisiatifnya sendiri dengan mencadangkan sistem royalti diperkenalkan di platfrom pengstriman, Nurflix.tv.

“Royalti kepada pelakon-pelakon sebenarnya Mira nampak di kaca tv, kita ada pelakon yang ramai dan mereka pun semakin meningkat usia.

“Pelakon-pelakon lama kadang-kadang ada juga yang tak sihat dan s4kit sehingga tak boleh berlakon lagi.

“Tetapi drama mereka masih lagi ditayangkan di tv dan digital platform. Lepas tu keep on rolling tapi mereka tak dapat apa-apa.

“Bagaimana nasib mereka yang betul-betul kerja keras untuk drama atau filem itu tetapi sekarang sudah tidak mampu untuk berkerja tetapi karya mereka masih ditayangkan,” katanya.

Menurut Mira, cetusan idea tersebut telah disambut baik oleh Ketua Pengawai Eksekutif Nurflix.TV, Syah Mohamed dan kini masih lagi dibincangkan.

“Jadi Mira cadangkan dekat Abang Sham apa kata kita beri royalti kepada pelakon-pelakon setiap kali ia ditayang semula.

“Tapi itu terserah kepada Abang Sham sebab benda ni ada procedure yang tersendiri tetapi Mira cadangkan sebegitu.

“Mereka menerima dengan baik tetapi setakat ini hanya content-content di Nurflix sahaja tapi mana tahu kalau ada platform lain yang ingin ambil program-program ini perkara sama boleh diketengahkan,” jelasnya kepada MH.

Pengacara program, Nona itu berkata demikian ketika ditemui di sidang media Nurflix.tv di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

Tambah Mira lagi, kebanyakkan penggiat seni ini tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan dengan adanya sistem royalti ini, beban mereka mungkin dapat dikurangkan.

“Apa yang Mira faham tentang pelakon-pelakon di Malaysia ni banyak Mira saksikan kisah-kisah pelakon lama yang dah tak mampu.

“Mira kesian sebab pelakon ini adalah freelance kita hanya bergantung inisiatif sendiri untuk ada epf, kwsp dan sebagainya.

“Jadi untuk orang-orang lama, ini apa yang patut kita bantu. Royalti adalah salah satu perkara yang kita boleh support sehingga akhir hayat mereka selagi ia ditayangkan dan diterima ramai.

Dalam pada itu, Mira akui dia sedikit terkesan dengan nasib yang menimpa sesetengah pelakon dan juga pekerja di belakang tabir.

“Mira percaya bila ia ditayangkan semula pasti pihak tersebut akan dapat sesuatu contohnya klien, iklan dan sebagainya.

“Kenapa tak boleh kita kongsikan sedikit pada pelakon-pelakon yang terlibat.

“Banyak Mira dengar dari masa ke semasa contohnya kisah Wan Maimunah dan ada juga kisah orang-orang dibelakang tabir yang lama berkerja tapi tiba-tiba s4kit.

“Itu yang Mira rasa macam sayangnya kalau mereka dapat royalti ini, atleast dapat membantu mereka ketika s4kit atau susah nanti,” akhirinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kenapa Kita Tak Boleh Kongsikan Sedikit…,” Ambil Contoh Kisah Wan Maimunah, Mira Filzah Bersuara Mengenai…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*