Aaisyah Menari Di TikTok, Che Ta Ditegvr Tak Pandai Jaga Anak

Sebut sahaja nama anak pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rhana, ramai yang suka melihat gelagat comel kanak-kanak kecil itu. Malah, Aaisyah juga aktif menari dan menunjukkan bakat di aplikasi TikTok sebagai hiburan.

Baru-baru ini menerusi Instagram Aaisyah, ada berkongsikan sebuah video memaparkan kanak-kanak itu sedang menari lagu How You Like That nyanyian kumpulan Kpop terkenal, Blackpink sekaligus menjadi perhatian ramai.

 

View this post on Instagram

 

How you like that .. #aaisyahdhiarana @blackpink

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on


Bagaimanapun, ada segelintir netizen kurang senang dengan perkara itu dan mengkritik Che Ta seolah-olah tidak pandai menjaga anak kerana membiarkan sahaja anak ‘terkinja-kinja’ di aplikasi sosial itu. Netizen turut menegur, ibu bapa perlu bijak dalam membesarkan anak-anak.

Kurang senang dengan teguran itu, Che Ta membalas komen tersebut dengan mengatakan dia tidak perlu mengajar anak perempuanya menggunakan TikTok sebaliknya ia dipelajari sendiri olehnya seiring dengan perkembangan semasa.

Che Ta mendirikan rumah tangga dengan  Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah yang kini berusia enam tahun. Che Ta juga turut  mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy,24, dan Aniq Ezzra,22, hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Aaisyah Menari Di TikTok, Che Ta Ditegvr Tak Pandai Jaga Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*