Bimbang Dgn Situasi Terkini Apabila Wujud 13 Kluster Baru, Ini Peringatan Ker@s PM

Wab4k ini masih belum berakhir. Kebanyakan negara luar masih mencatatkan K3s COVlD-19 yang tinggi.”

Demikain peringatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini yang melahirkan kebimbangan terhadap kewujudan 13 kluster penularan COVlD-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), baru-baru ini.

Ini, katanya termasuk kluster restoran di Brickfields, Kuala Lumpur, kluster Stutong di Sarawak dan kluster berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara.

” Walaupun kekal rendah, saya bimbang dengan kewujudan 13 kluster baru sepanjang tempoh PKPP.

” Lebih membimbangkan saya, K3s positif kembali mencatatkan dua digit sejak beberapa hari lalu,” katanya dalam perutusan khas PKPP di Putrajaya, hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin menasihatkan orang ramai supaya tidak lalai dan alpa, kerana pandemik COVlD-19 belum berakhir.

” Sehingga semalam, hampir 14.5 juta orang telah dij4ngkiti virvs COVlD-19 di seluruh dunia dengan lebih 600 ribu kem4tian dicatatkan.” katanya sambil menambah beliau sentiasa memantau keadaan terkini pandemik tersebut.

Katanya, beliau percaya jika rakyat memainkan peranan masing-masing, PKPP dapat dilalui dengan jaya.

Jelasnya negara baru sahaja melihat K3san positif daripada tindakan tegas kerajaan dan disiplin rakyat yang tinggi semasa tempoh PKP dilaksanakan, yang mana ekonomi kembali rancak dan rakyat dapat menikm4ti semula kehidupan harian dengan mengamalkan kebiasaan baharu.

” Namun, jangan kita lalai dan alpa. Saya nak mengingatkan sekali lagi, pand3mik COVlD-19 masih belum berakhir.

” Jadi sama-samalah kita beristiqamah dalam mengekalkan kejayaan kita melawan wab4k COVlD-19. Saya doakan semoga kita semua kekal sihat, kekal sejahtera dan kekal aman bahagia,” katanya.

Sementara itu selepas beberapa bulan terjejas akibat akibat pandemik COVlD-19, sektor ekonomi kini kembali rancak terutamanya aktiviti pelancongan tempatan.

Sekiranya trend ini berterusan ekonomi negara dapat pulih dengan lebih cepat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata keadaan ini mampu dicapai sekiranya semua rakyat dapat mengamalkan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, kerajaan akan terpaksa memperkenalkan semula langkah-langkah lebih ketat sekiranya rakyat mengambil mudah SOP dan K3s j4ngkitan meningkat.

” Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan semula, ekonomi negara akan terjejas teruk.

” Penutupan semula sektor-sektor ekonomi boleh menyebabkan negara kehilangan sekurang-kurangnya RM2 bilion sehari dan secara langsung menyebabkan kehilangan sumber pendapatan bagi jutaan pekerja di Malaysia,”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: Tambakeju

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bimbang Dgn Situasi Terkini Apabila Wujud 13 Kluster Baru, Ini Peringatan Ker@s PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*