Kali Ini S@h! Eka Sharif Selamt Bergelar Isteri Selepas Dva Kali Tanggvh

SETELAH dua kali terpaksa membatalkan pernikahan akibat pandemik Cov1d-19, penyanyi Eka Sharif akhirnya selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Nazrulnaim Abdul Jabar pada Ahad lalu.

Eka atau nama sebenarnya Nur Atiqah Shariffudin, 31, berkata majlis ringkas tersebut diadakan dalam masa yang singkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, mereka hanya diminta membawa cincin dan mas kahwin tanpa barang hantaran untuk mengelakkan kehadiran ahli rombongan yang terlalu ramai.

“Alhamdulillah, saya dah nikah pada Ahad, tapi baru berkongsi gambar pada hari ini (Selasa).

Eka dan suaminya, Nazrulnaim selamat diiajbkabul pada Ahad.

“Proses nikah pun kejap saja, tak sampai 30 minit. SOP di Selangor masih ketat, kami pun tak boleh buat di rumah.

“Tok kadi pun pesan pada kami tidak perlu bawa hantaran, hanya bawa yang penting-penting saja iaitu mas kahwin dan cincin.

“Selepas selesai akad nikah, kami terus balik rumah dan adakan sedikit makan-makan, hanya ahli keluarga saya dan suami sahaja, tak sampai 20 orang pun,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Eka terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu.

Eka dan Nazrulnaim melangsungkan pernikahan di Masjid Sungai Sekamat, Kajang.

Dia dan pasangannya sekali lagi terpaksa menangguhkan pernikahan mereka yang sepatutnya diadakan pada 4 Julai selepas ibu saudara Eka disahkan pos1tif Cov1d-19.

“Susulan itu saya serta semua kontak rapat makcik pergi membuat pemeriksaan Cov1d-19.

“Alhamdulillah, kami semua disahkan negatif selepas menjalani pemeriksaan pada 4 dan 10 Julai. Tapi, kami masih perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Makcik saya juga turut disahkan negatif selepas membuat pemeriksaan kali kedua,” katanya.

Eka bersama suami dan ahli keluarga yang hadir.

Dalam pada itu, Eka berkata dia dan suaminya membuat keputusan untuk meneruskan pernikahan selepas mereka selesai menjalani kuarantin pada 17 Julai lalu.

Peserta Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ini turut berkata dia masih belum mempunyai rancangan untuk berbulan madu kerana masih terkejut dengan insiden yang berlaku kepada ibu saudaranya yang disahkan pos1tif v1rus itu.

“Kami selesai menjalani kuarantin pada Jumaat lalu… alang-alang majlis resepsi perkahwinan pun dah tangguh, kami buat keputusan untuk teruskan dengan pernikahan pada Ahad.

“Saya pun perlu pulangkan baju pada Isnin, jadi sayang kalau tak sempat pakai sebab dah ada.

 

Saya masih terkejut dengan ins1den sebelum ini apabila makcik saya disahkan pos1tif Cov1d-19.

EKA SHARIF

PENYANYI

“Buat masa ini kami tak terfikir untuk pergi berbulan madu, walaupun di dalam negara. Saya masih terkejut dengan ins1den sebelum ini apabila makcik saya disahkan pos1tif,” ujarnya.

Eka dan Nazrulnaim, 33, diijabkabul dengan sekali lafaz di Masjid Sungai Sekamat, Kajang pada Ahad.

Bagaimanapun, Eka enggan mendedahkan jumlah mas kahwin yang ditetapkan serta jumlah hantaran daripada kedua-dua belah pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kali Ini S@h! Eka Sharif Selamt Bergelar Isteri Selepas Dva Kali Tanggvh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*