“Sekaligus Mengurangkan Ansuran Bulanan” Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Mungkin Dilanjutkan?

Seperti yang kita sedia maklum, tempoh moratorium bayaran balik pinjaman selama 6 bulan akan berakhir September ini.

Berikutan itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kini sedang mempertimbangan dan sedang mengadakan perbincangan dengan institusi perbankan untuk membuat pertolongan secara bersasar. Lapor Astro Awani.

 

Boleh mengurangkan ansuran bulanan dan mengubah terma dan syarat serta…

Sumber: Astro Awani

Ia bertujuan bagi membantu peminjam melunaskan bayaran dengan baik sehingga mereka stabil.

“Antara contoh pertolongan bersasar yang dibincangkan adalah termasuk memanjangkan tempoh pembayaran sekaligus mengurangkan ansuran bulanan dan mengubah terma dan syarat serta mengurangkan kadar faedah sehingga peminjam stabil.”

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan agar peminjam dapat menghubungi bank untuk mendapatkan bantuan ketika ditemui di Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada tempoh moratorium akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Selain itu, Tengku Zafrul juga ada menjelaskan sebanyak RM100 bilion diperuntukan menerusi program moratorium tersebut.

Kata beliau lagi,  selepas sektor ekonomi kembali dibuka mulai 4 Mei lalu, rakyat dan peniaga sudah menjana kembali pendapatan mereka.

Malah, ada dalam kalangan peminjam yang sudah mula membayar semula pinjaman mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sekaligus Mengurangkan Ansuran Bulanan” Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Mungkin Dilanjutkan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*