“Tak P@kai Facemask, KJ Tak Mau Jumpa.” KJ Tampal Nota Amaran Depan Pejabat

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, jumlah kes positif Covid-19 yang melibatkan penularan tempatan dilihat mengalami kenaikkan.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kluster baharu yang boleh menyebabkan penularan di Malaysia dan hal ini berkemungkinan besar boleh membawa kepada gelombang kedua pendemik tersebut.

Justeru itu, Perdana Menteri Malaysia telah membuat perutusan khas semalam berhubung kebimbangan beliau dan kerajaan Malaysia terhadap penjarakkan sosial dan kepatuhan SOP sesetengah penduduk negara yang semakin berkurangan.

Elak penularan pendemik

Menyahut seruan agar lebih peka dengan keadaan semasa, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Khairy Jamaluddin telah menampal arahan di pintu bilik pejabatnya dengan mengenakan syarat memakai pelitup mulut andai ingin bertemu dengannya.

Takde mask tak boleh jumpa

Hal tersebut dimaklumkan menerusi IG story miliknya dengan mengatakan bahawa jika sesiapa yang ingin bertemu dengannya tnapa pelitup mulut, lebih elok jika melupakan sahaja hasrat tersebut.

“Kalau tak pakai pelitup muka (face mask), KJ tak mau jumpa.”

Nota tersebut ditampal di depan pintu pejabat kementeriannya demi mengelakkan sebarang penularan andai kata individu yang ditemui tidak sihat.

Hal ini kerana, dalam perutusan Perdana Menteri semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyebut bahawa beliau lihat orang ramai seakan mengambil mudah risiko berjabat tangan dan berpelukkan walaupun Perintah kawalan Pergerakkan Pemulihan masih berjalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Khairy Jamaluddin

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak P@kai Facemask, KJ Tak Mau Jumpa.” KJ Tampal Nota Amaran Depan Pejabat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*