Achey Terp@ksa ‘Let Go’ Empat Motosikal Gara2 H4l Ini

IMPIAN pelawak Achey untuk mempunyai kediaman idaman tercapai apabila dia berjaya memiliki sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor.

Menurut Achey, dia dan isteri menggunakan wang simpanan untuk membeli kediaman itu dan dijangka berpindah selepas Hari Raya Aidiladha ini.

“Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah itu! Sekarang sedang proses ubahsuai dan tak lama lagi siaplah.

“Kemungkinan selepas raya haji kami sekeluarga akan pindah. Rumah itu dibeli hasil wang simpanan dan saya jual empat buah motosikal… bukan beli tunai, masih lagi hutang bank!

Achey beli kediaman baharu untuk keselesaan keluarga.

“Berapa harga itu biarlah rahsia tapi biasa-biasa saja, lengkap dan selesa untuk keluarga kami,” katanya

Achey ditemui semasa pelancaran produk wangian Sugar Bomb X Achey yang diadakan di Shah Alam, baru-baru ini.

10 tahun dik bukan tahun yang sikit nak fokus kumpul duit, jual benda yang bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian

ACHEY

PELAWAK

Sebelum ini, Achey berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah baharunya selepas proses pengubahsuaian di laman Instagram pada Khamis.

Achey muat naik foto teaser keadaan rumah baharunya di Instagram.

“Tibalah masa saya bagi teaser gambar-gambar yang korang nak tahu sangat rumah baharu saya.

“10 tahun dik bukan tahun yang sikit nak fokus kumpul duit, jual benda yang bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian,” tulisnya.

Achey dan isteri Nor Hasanah Yahya mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

Allah yang susun..Bukan perkara yang perlu saya bangga2 kan… sbb semua MILIKNYA..hakikatnya masih hutang … tapi benar kata ibu bapa,guru2 sekolah dan nasihat2 orang lama … MENYIMPAN untuk masa depan.. setiap perkara kita buat mesti ada target… walaupun 10 tahun… asb, motosikal dan beberapa kehendak yang kami ada kami cairkan untuk renovasi.. tinggalkan keperluan dalam hidup dan untuk pekerjaan.. .. In shaa Allah mana yang nak tau esok kita up gambar depan umah… .. Rumah tak mahal mana renovasi pun tak semahal mana .. tapi kalau ada orang yang pakar boleh dapat revovasi rumah CANTIK pada kos yang rendah.. .. Mesti ada yang nak tau jugak syarikat mana yang buat renovasi rumah kan?? .. Esok k … esok

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

 

View this post on Instagram

 

Hakikatnya rumah masih hutang… 😁… #10tahunimpian

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Achey Terp@ksa ‘Let Go’ Empat Motosikal Gara2 H4l Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*