Agong Titah Rakyat Jangan Sambil Lew@, Alpa Pematuhan SOP Bendung Covid-19

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa dan alpa dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka turut menzahirkan kegusaran berikutan peningkatan kes baharu Covid-19 kepada dua digit dan kewujudan beberapa kluster baharu wabak itu.

“Al-Sultan Abdullah menggesa rakyat supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada serta berdisplin dalam memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi SOP, termasuk perintah kuarantin dan amalan kebiasaan baharu.”

“Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan rakyat tentang kejayaan kerajaan, Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi berkaitan, khususnya barisan petugas hadapan dalam mengawal penularan wabak Covid-19.”

“Usaha-usaha ini tidak bermakna jika negara menghadapi gelombang kedua dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara.” 

Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya peningkatan kes demam denggi di Malaysia jika rakyat mengambil sikap sambil lewa dan tidak memandang serius terhadap ancaman nyamuk Aedes.

Ahmad Fadil berkata Seri Paduka menitahkan rakyat agar lebih peka dan mengambil perhatian serius terhadap ancaman nyamuk Aedes serta langkah pencegahan untuk mengurangkan peningkatan kes demam denggi.

“Seri Paduka menyeru rakyat untuk terus melaksanakan langkah pencegahan yang disarankan KKM dan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan rumah dan kawasan persekitaraan bersih serta bebas daripada habitat pembiakan nyamuk Aedes.”

“Al-Sultan Abdullah turut menyarankan rakyat mengamalkan langkah pencegahan daripada gigitan nyamuk ketika melakukan aktiviti di luar dan dalam rumah dengan menggunakan repelan serta semburan aerosol, dan mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran jika menunjukkan gejala demam denggi.” 

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah turut menegaskan bahawa kejayaan membendung wabak Covid-19 dan membanteras ancaman demam denggi adalah usaha kolektif kerajaan dan seluruh lapisan rakyat tanpa mengira pelbagai latar belakang.

Al-Sultan Abdullah turut menitahkan supaya seluruh rakyat Malaysia berdoa agar situasi wabak Covid-19 dan demam denggi di negara ini dapat dikawal serta dibendung dengan berkesan dan Malaysia sentiasa di bawah rahmat dan dilindungan-Nya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Bernama

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Agong Titah Rakyat Jangan Sambil Lew@, Alpa Pematuhan SOP Bendung Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*