Hlang Bapa Raya Ke-2, Ank Angg0ta PDRM Pergi Sekolah Dihantar Ketua P0lis PJ

Nama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memang tidak asing lagi dalam kalangan warganet kerana sikap kerendahan hati yang ditunjukkan oleh beliau amat mencuri perhatian pelayar internet.

Pada hari ini, menerusi Facebook rasmi Polis Daerah Petaling Jaya, YDH ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal telah membuatkan orang ramai berasa terharu apabila menghantar seorang anak kepada anggota polis yang meninggal dunia pada hari raya kedua tempoh hari.

Hantar anak anggota polis ke sekolah

Gambar beliau menghantar adik Nur A’lia pada pembukaan semula sesi persekolahan telah berjaya dirakam dan dimuat naik ke Facebook. Nur A’lia merupakan anak kepada allahyarham Koperal Ahmad Sukri bin Sabang yang meninggal dunia pada usia 42 tahun kerana sakit jantung.

Arwah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak iaitu seorang lelaki berusia 14 tahun dan perempuan 9 tahun.  Tugas menghantar anak-anak ke sekolah merupakan rutin harian allahyarham sebelum ini.

Rakan setugas bapa turut serta

Menerusi sumber lagi, selain daripada Ketua Polis Petaling Jaya, rakan-rakan setugas allahyarham turut sama menghantar adik Nur A’lia ke sekolah sebagai satu sokongan moral buat kanak-kanak tersebut.

Moga PDRM lahirkan ramai pegawai macam ni

Sehubungan dengan perkongsian murni itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang positif diatas muat niak itu. Rata-rata mereka memuji tindakan  dilakukan oleh Tuan Nik Ezanee yang begitu mengambil berat keluarga para anggota polis dibawah seliaannya.

Macam ni baru betul pegawai tinggi

Tersentuh hati

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Polis Daerah Petaling Jaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Hlang Bapa Raya Ke-2, Ank Angg0ta PDRM Pergi Sekolah Dihantar Ketua P0lis PJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*