“Saya Kini S0lo,” Peragawati Dan Pelakon, Rita Nadira S@hkan Tlada Lagi Hubvngan Istimewa Dengan Ezzrin Loy

Model dan pelakon, Rita Nadira mengesahkan hubungan istimewanya bersama Ezzrin Loy kini sudah pun terlerai.

Tidak menafikan perkara tersebut, bintang berusia 23 tahun itu kini lebih selesa untuk memberikan fokus terhadap kerjaya modeling dan lakonan.

“Saya kini solo. Semenjak tahun lalu, kami berdua ambil keputusan untuk memberikan fokus dengan kerja masing-masing,” katanya.

Biarpun kini mereka membawa haluan sendiri, Rita sebaliknya turut menjelaskan, dia dan adik kepada pelakon Elfira Loy itu tidak mempunyai sebarang masalah.

“Saya dan Ezzrin masih lagi menjalinkan hubungan baik. Ibunya merupakan pengurus saya dan kami masih kawan, tak ada gaduh-gaduh pun.

“Dia fokus kerja, saya pun fokus kerja… Kami memutuskan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap karier,” katanya lagi.

Terdahulu, kemesraan di antara keduanya sebelum ini menjadi perhatian ramai.

Rita ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Juliet baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

#JULIET Blouse from @misslilyshop ✨ @zeelproduction @tv1_rtm @rtm_malaysia

A post shared by NADIRA, 97 (@ritanadira_) on

Menerusi drama bersiri terbabit, Rita memegang watak utama bernama Julia di samping heronya, Redza Rosli.

Diterbitkan oleh Zeel Productions untuk siaran RTM September depan, naskhah ini mendapat sentuhan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar selaku sutradara.

Selain Rita dan Redza, Juliet turut membariskan pelakon hebat lain seperti Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite, Sofia Ibrahim, Louisa Chong, Scha Elinnea dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Kini S0lo,” Peragawati Dan Pelakon, Rita Nadira S@hkan Tlada Lagi Hubvngan Istimewa Dengan Ezzrin Loy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*