“Takkan N@k Bvat Video Ank Pun K3na Mintak Lesen?” Rakaman Filem Termasuk TikTok Dan Instagram Perlu Lesen

Sebentar tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan yang semua produksi filem sama ada dari media mahu pun peribadi di platform tradisional mahu pun media sosial memerlukan lesen.

Tujuan perkara ini di buat adalah bagi memantau semua aktiviti rakaman bagi menjaga dan mengembangkan idustri filem berdasarkan Akta Finas 1981, lapor The Star.

Di parlimen, Wong Shu Qi, MP Kluang telah mempersoalkan maksud sebenar lesen ini dan adakah ia akan memberi kesan kepada orang yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram TV atau TikTok.

Menjawab persoalan ini, Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan dia menggalakkan sesiapa pun untuk mengeluarkan apa jenis filem, tapi ia haruslah mematuhi undang-undang.

Ini termasuk filem tayangan, filem pendek, trailer, pengiklanan dan apa-apa jenis rakaman termasuk pita rakaman dan cakera video imej bergerak, ditemani atau tak ditemani dengan bunyi dan dokumentari untuk tontonan umum.”

Sebelum ini, Saifuddin turut mengatakan yang Akta Finas meminta semua pemegang lesen untuk memberitahu Finas tujuh hari sebelum memulakan pengambaran melalui borang khas yang diberikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Takkan N@k Bvat Video Ank Pun K3na Mintak Lesen?” Rakaman Filem Termasuk TikTok Dan Instagram Perlu Lesen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*