Masih lagi kecoh di laman sosial membincangkan isu mengenai video prank yang dilakukan terhadap seorang gadis dengan ‘sogokan’ RM20,000 untuk meninggalkan teman lelakinya. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai hal tersebut.
Pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin dan Da’i Wan Dazrin juga mempunyai pandangan sendiri susulan video prank itu.
Prank yang ada unsur penipuan
Menerusi Instagram PU Amin menjelaskan bahawa budaya prank tersebut dilarang dalam agama Islam, walaupun sekadar menarik orang untuk menontonnya. Tambah PU Amin, dia hanya menyampaikan pesanan dan terpulang kepada semua yang membaca untuk menerima dan menilainya sendiri.
Tak payah nak test-test
View this post on Instagram
Sementara itu, Da’i Wan Dazrin menyifatkan tindakan individu yang melakukan ekperimentasi bagi menguji tahap kesetian pasangan masing-masing adalah tidak wajar.
Ini kerana ujian untuk menempuh ke sebuah ikatan perkahwinan itu sebenarnya sudah tersedia buat mereka daripada Allah, tanpa perlu ujian buatan manusia.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini
Sumber:PU Amin, Da’i Wan Dazrin
PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "‘Bvdaya Pr@nk Boleh Jatvhkan Marvah Dan Alr Mvka’ PU Amin, Da’i Wan Dazrin"