Isv Sugu-Pavithra Makin Pans, Sekali Aisyah Bagi Komen Yg Mengejvtkan ” Timbvl, Cembvru, Eg0..”

BERITA mengenai M. Sugu yang did4kwa memkul isterinya, S Pavithra turut menarik perhatian penyanyi Aishah yang bersimpati dengan pasangan suami isteri YouTuber tersebut.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik di Instagram, Aishah memahami bukan sesuatu yang mudah untuk pasangan baharu dikenali ramai melalui kehidupan dunia glamour yang dicapai dalam waktu singkat.

Nasihat Aishah, tidak kira isteri mahupun suami perlu sentiasa menjaga perasaan pasangan supaya tiada siapa berkecil hati atau rasa dipinggirkan.

Aishah berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

“Satu dua hari ini vir4l cerita tentang pasangan instafamous hingga melibatkan polis. My heart goes to them. Bukan senang hidup sebagai orang yang dikenali terutama sekali apabila ianya berlaku dengan mendadak.

“Apabila berpasangan lagilah rumit kerana pelbagai perasaan akan timbul, cembvru itu sudah tentu, rasa sangsi, eg0 yang tercalar dan lain-lain. Untuk seseorang yang mengahwini orang yang dikenali pun dah cukup susah.

“Inikan pula apabila kedua-duanya baru nak merasa hidup dikenali ramai. Masing-masing kena mainkan peranan supaya tak ada seorang yang akan terasa hati atau dipinggirkan,” tulis Aishah.

Biarpun Aishah tidak menyatakan sebarang nama namun umum mengetahui kisah pasangan instafamous M. Sugu dan S Pavithra yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

 

Manusia ini macam-macam perangai ada yang apabila masuk dalam dunia glamour, dia lebih kuah daripada sudu pula.

AISHAH

PENYANYI

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, suami kepada kepada YouTuber masakan terkenal, S Pavithra iaitu M Sugu didakwa memiliki senj4ta berb4haya, sebilah sab1it, dalam satu kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak.

Pergduhan dipercayai berlaku kerana m4ngsa tidak menyebut nama suaminya sewaktu menerima satu anugerah pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, wanita berusia 28 tahun itu mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini memberitahu dalam sebuah hubungan itu perlu ada kepercayaan antara satu sama lain dan rasa hormat.

Aishah bersama suaminya.

“Manusia ini macam-macam perangai ada yang apabila masuk dalam dunia glamour, dia lebih kuah daripada sudu pula. Lupa yang dia dikenali pun sebab pasangannya.

“Ada yang terus takut dengan publisiti hingga nampak tak friendly langsung hinggakan ada yang memberi tanggapan negatif kepadanya. Percayalah saya pernah lalui semua itu.

“Selain daripada kasih sayang yang kuat dan ikhlas, yang penting ialah kepercayaan kepada pasangan. Rasa hormat itu penting, kalau peminat lelaki nak bergambar, ajak saja suami ikut, habis cerita dan terhindar daripada f1itnah,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Isv Sugu-Pavithra Makin Pans, Sekali Aisyah Bagi Komen Yg Mengejvtkan ” Timbvl, Cembvru, Eg0..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*