Kej@r S4ham Akhlrat, Pak Nil Berjaya Kumpul RM31,000 Bantu Pusat Tahfiz

Terkesan dengan kedaifan hidup anak-anak tahfiz Maahad Tahfizul AlQuran, pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi terpanggil untuk membantu mengumpul dana bagi mengurangkan beban mereka.

Aznil atau lebih mesra dipanggil Pak Nil menjalankan satu kempen kutipan dana di Instagram miliknya memohon jasa baik pengikutnya menghulurkan sumbangan. Dana itu bertujuan untuk membaiki kediaman anak-anak tahfiz terletak di Cheras yang berdepan banyak kerosakan.

“Saya juga nak kejar saham akhirat. Dalam masa sama, saya juga nak ajak semua ke arah sama. Ini antara cara saya nak membantu apa adanya.

“Alhamdulillah, ada ramai yang bermurah hati mengurangkan beban sekaligus membantu pihak pusat tahfiz ini memperbaiki apa yang kurang. Sejak PKP lalu mereka terus diuji.

“Banyak sudah di pusat tahfiz itu rosak. Ada yang dimakan anai-anai, malah bumbung tempat mereka berteduh pun bocor hingga dimasuki air hujan,” katanya.

Difahamkan, setakat ini sebanyak RM31,000 berjaya dikumpul untuk disalurkan ke pusat tahfiz itu berkat derma orang ramai termasuk peminatnya.

Aznil berkata sebelum ini dia pernah menganjurkan majlis khatam Al-Quran untuk anak tahfiz disitu. Malah, hatinya juga pernah terdetik untuk mengambil beberapa orang daripada anak tahfiz itu sebagai anak angkat.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kej@r S4ham Akhlrat, Pak Nil Berjaya Kumpul RM31,000 Bantu Pusat Tahfiz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*