Empat Daerah Di Selangor Bertukar Z0n Kvning

SHAH ALAM – Empat daerah di Selangor kini zon kuning selepas berlakunya pertambahan kes aktif kor0navirus (Covid-19).

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi infografik dikongsikan di Facebook semalam memaklumkan, empat daerah berkenaan adalah Sepang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

STFC melaporkan mukim Cheras mengesan kes aktif terbaharu dan menjadikan daerah Hulu Langat zon kuning keempat di negeri ini.

Kini hanya daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Klang masih direkod sebagai zon hijau.

Berdasarkan infografik berkenaan terdapat tiga kes baharu dikesan di negeri ini melibatkan dua kes tempatan dan satu kes luar negara.

Dalam pada itu, STFC turut mengingatkan orang ramai bahawa tiada sebarang kompr0mi bagi pelaksanaan prosedur 0perasi standard (SOP) dan pematuhan normal baharu di negeri ini.

“Anda boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya cuai dan leka. Jika anda tetap cuai melaksanakan perkara-perkara ini, ekonomi mampu tergendala dan bakal menjejaskan negara,” katanya.

Singapura mula uji vaksin Covid-19

SINGAPURA – Ujian percubaan vaksin koronavirus (Covid-19) terhadap manusia dijangka dimulakan di Singapura seawal minggu ini.

Percubaan itu akan melibatkan 108 sukarelawan sihat daripada pelbagai peringkat usia di Singapura yang akan disuntik dengan vaksin yang dikembangkan oleh Sekolah Perubatan Duke-NUS dan syarikat farmasi Amerika Syarikat (AS), Arcturus Therapeutics.

Vaksin yang dipanggil Lunar-Cov19 itu adalah saIah satu daripada 25 calon vaksin di seluruh dunia yang sama ada telah diuji pada manusia atau telah mendapat persetujuan untuk melakukannya.

Timbalan Pengarah Program Penyakit Berjangkit di Sekolah Perubatan Duke-NUS, Profesor Ooi Eng Eong berkata, tujuan percubaan itu adalah untuk menentukan keselamatan vaksin dan menguji keberkesanan memperlahankan tindak balas imun yang diinginkan dalam tubuh terhadap Sars-Cov-2, viirus yang menyebabkan Covid-19.

“Kajian awal terhadap haiwan telah menunjukkan bahawa vaksin Lunar-Cov19 selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan.

“Data tersebut berjaya mendapatkan persetujuan untuk menjalankan ujian klinikal lebih awal berbanding jadual asal pada September, menjadi percubaan terhadap manusia yang pertama di Singapura,” katanya.

Percubaan klinikal itu akan dilakukan di Unit Perubatan Penyelidikan SingHealth yang terletak di Hospital Umum Singapura.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: SH via trendingkini

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Empat Daerah Di Selangor Bertukar Z0n Kvning"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*