Muat Naik Video ‘Duduk Diam’ Selama 2 Jam , Lelaki Ini Raih 700k Tontonan

Kebiasaannya, content creators akan memuat naik video berkaitan dengan hobi mereka seperti bermain permainan video dan memasak. Namun lain pula yang terjadi buat Youtuber dari Indonesia ini yang membawa kelainan dalam video barunya.

Beberapa minggu lepas, Didit ada memuat naik video dengan durasi selama 2 jam 20 minit yang bertajuk “2 JAM nggak ngapa-ngapain” di channel Youtube milikya.

Seperti tajuk video, lelaki dari Indonesia ini hanya duduk diam dan memandang kamera sepanjang video tersebut dirakam.

Jika anda berfikir bahawa idea video ini adalah mengarut dan tidak akan ditonton oleh pengguna Youtube, anda silap! Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah pun berjaya meraih sebanyak 750, 000 tontonan!

Anda boleh tonton video tersebut di sini:

Ruangan komen video tersebut juga dipenuhi dengan komen-komen positif daripada netizen yang menyokong usaha murni beliau.

Jadi, kenapa Didit buat video seperti ini?

Lelaki dari Indonesia ini ada menjelaskan niat beliau merakam video ‘kosong’ ini.

“Semuanya bermula selepas ramai yang mendesak saya untuk membuat content mendidik anak muda. Jadi inilah hasilnya, soal di mana manfaat video ini terletak kepada kalian yang menontonnya”

Sumber: sobat miskin official

Orang Indonesia tak pernah mengecewakan, macam-macal hal!

Be the first to comment on "Muat Naik Video ‘Duduk Diam’ Selama 2 Jam , Lelaki Ini Raih 700k Tontonan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*