“Dah Tak Ada Kompr0mi Lagi” PDRM Pergi Cari Sorang-Sorang Yang Deg1l Tak Bvat Ujian Kedua Covid-19

Nampaknya mereka yang pandang remeh pasal tindakan kerajaan untuk denda jika tak melakukan ujian saringan Covid-19 kedua pada hari ke-13 kuarantin di rumah telah menerima ‘tetamu yang tak diundang’ kerumah mereka.

PDRM semalam (27 Julai 2020) telah mula kesan individu-individu tersebut kerumah mereka. Dalam perkongsian menerusi laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, beberapa orang anggota PDRM telah berkunjung kerumah mereka.

Tiada lagi kompromi, dakwa di mahkamah terus

Sumber: Info Roadbloack JPJ/POLIS

Dengan ketidakpatuhan beberapa orang yang dah cuba  keluar di tempat awam sebelum tempoh kuarantin selama 14 hari habis, kerajaan sebelum ini telah memberi peringatan kepada mereka untuk melakukan ujian saringan kedua dan jika gagal mereka akan ditangkap, ditahan reman dan didakwa.

27 Julai adalah tarikh akhir yang diberikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengatakan bahawa tidak akan ada kompromi lagi bagi mereka yang masih enggan mematuhi arahan.

“Tiada lagi kompromi, amaran dan nasihat kerana mereka boleh membahayakan nyawa orang lain. Kalau degil juga pada Isnin polis akan tangkap dan tahan mereka … tiada kompaun, charge (dakwa) di mahkamah terus,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra. Bernama.

Katanya lagi, kerajaan memandang serius perkara ini kerana ada kes lepas mendapati ada antara mereka (individu dikuarantin wajib di rumah) yang positif pada hari ke-13.

Malah, kerajaan juga bimbang jika golongan ini potong sendiri wristband mereka.

“Kita nak ingatkan bahawa kita ada (maklumat) nama dan alamat mereka”

Sehingga 25 Julai, 2,897 individu belum menjalani ujian kedua dan telah diingatkan untuk pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat untuk mengikuti ujian ini.

Sementara itu, sekitar 9,600 individu masih dikuarantinkan rumah ketika ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Dah Tak Ada Kompr0mi Lagi” PDRM Pergi Cari Sorang-Sorang Yang Deg1l Tak Bvat Ujian Kedua Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*