“Terima Kasih Menjadi S@ksi…” BCL

Showcase secara maya itu dinamakan ‘Melangkah Lagi’ merupakan langkah awal untuk dia kembali kepada sesuatu yang sangat dicintainya iaitu menyanyi.


“Terima kasih untuk doa dan dukungannya. Untuk cintanya pada karya-karya saya. Untuk semangat yang diberikan yang menguatkan saya untuk melangkah lagi.

“Terima kasih telah menjadi saksi perjalanan saya, mengiringi langkah saya, kembali melakukan hal yang saya cintai. Bernyanyi,” tulis Bunga Citra Lestari di Instagram miliknya.

Dalam showcase maya semalam, Bunga menyampaikan tiga buah lagu, termasuklah single terbarunya ’12 Tahun Terindah’. Dua buah lagu lain adalah ‘Cinta Pertama (Sunny)’ dan Karena Kucinta Kau – “Melangkah Lagi”.


Persembahan dari tingkat tiga rumahnya itu dipanggil ‘Performing from BCL’s Attic’ turut diiringi oleh BCLband dengan muziknya digarap oleh Ronald Steven sebagai pengarah muzik. Showcase secara live di YouTube itu ditonton lebih 120,000 tontonan dan mendapat lebih 28,000 tanda suka dan 900 lebih komen.

Video untuk single terbarunya, ’12 Tahun Terindah’ sudah mencecah 12 juta tontonan dalam tempoh seminggu ianya dimuat naik ke saluran YouTube BCL.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Terima Kasih Menjadi S@ksi…” BCL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*