Anak2 jadi penjamin kes SRC, Najib selesai bayar RM1 juta duit ikat jamin

Selepas dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dengan perlu membayar denda sebanyak RM210 juta, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM1 Juta.

Bayar di ikat jamin

Tengahari tadi, beliau telah hadir ke kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi bersama anaknya, Norashman Najib bagi membayar ikat jamin tersebut.

Anak2 jadi penjamin Najib

Menerusi Berita Harian, Najib Razak perlu membayar ikat jamin RM1 juta itu selepas mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam pada itu, anak kepada ahli parlimen Pekan tersebut telah memuat naik status di IG story memaklumkan bahawa dia (Nooryana Najwa) dan adiknya, Norashman bertindak sebagai penjamin kepada bapa mereka bagi kes SRC ini.

baca semua komen & DM

Tambah Nooryana lagi, dia dan seluruh ahli keluarga membaca setiap kata-kata semangat yang diberi kepada mereka menerusi komen dan juga mesej peribadi yang dihantar.

Walaupun mengakui kecewa dengan keputusan yang telah diterima semalam, namun mereka tetap tidak putus semangat untuk meneruskan perjuangan menafikan setiap tuduhan yang dikenakan kepada Najib Razak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Berita Harian, Yananajib

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Anak2 jadi penjamin kes SRC, Najib selesai bayar RM1 juta duit ikat jamin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*