Beri Sokongan Pada Najib, Mat Over Sanggup Datang Ma@hkamah Lepas Subuh

Sejak pagi tadi, suasana di luar perkarangan sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur penuh dibanjiri oleh pengikut serta penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba untuk memberikan sokongan buat beliau.

Namun, suasana meriah berkenaan bertukar suram apabila mengetahui keputusan kes pertuduhan erhubung pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang dihadapkan kepada bekas Perdana Menteri itu sememangnya mengecewakan.

Mengenang jasanya kepada rakyat

Pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau dikenali sebagai Mat Over merupakan salah satu penyokong DS Najib yang datang memberikan sokongan di luar mahkamah berkenaan. Bahkan, pelawak ini juga gigih datang awal pagi kerana bimbang tidak dapat masuk jika berlaku kesesakan.

“Saya datang ke sini selepas solat Subuh tadi bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana mengenang jasanya kepada rakyat,” katanya.

Dia juga turut meluahkan kekecewaan terhadap keputusan yang diumumkan oleh mahkamah terhadap pemimpin berkenaan. Selain itu, dia juga menganggap bahawa banyak jasa DS Najib terhadap rakyat Malaysia yang tidak boleh dilupakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: HMetro. 

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Beri Sokongan Pada Najib, Mat Over Sanggup Datang Ma@hkamah Lepas Subuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*