Penganjvr Perhlmpunan Akan Dipanggil, P0lis Kes@n Individu Tak Ikut SOP Gvna CCTV

Perhimpunan yang berlaku di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam oleh para penyokong bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sememangnya mendatangkan kemarahan banyak pihak.

Ketiadaan langsung penjarakkan sosial seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan telah memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan dengan memberi amaran keras kepada mereka semua.

Panggil penganjur perhimpunan

Oleh sebab itu, menerusi Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor telah memaklumkan bahawa akan memanggil penganjur perhimpunan tersebut bagi mendapatkan keterangan kerana tidak mematuhi SOP.

Kesan melalui CCTV

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut akan mengesan individu yang terlibat dalam perhimpunan di mahkamah semalam melalui CCTV Mahkamah Kuala Lumpur berikutan telah menerima laporan berhubung perkara tersebut.

Semalam, perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur kecoh apabila ratusan penyokong Najib Razak bersesak bagi sama-sama mengetahui keputusan berkenaan pertuduhan yang dikenakan kepada beliau berhubung isu SRC International.

Selepas hampir seharian pertuduhan dibacakan, pihak mahkamah telah mensabitkan bahawa Najib bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda sebanyak RM210 juta kerana menyalahgunakan kuasa dan pengelewengan dana berkaitan SRC International.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Bernama

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Penganjvr Perhlmpunan Akan Dipanggil, P0lis Kes@n Individu Tak Ikut SOP Gvna CCTV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*