“Nak Gvna Pun Tukarlah Nama” Reen Rahim Ber@ng Pengg0dam Masih Menymar Gvna Akaun Facebooknya Hampir 2 Tahun

Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab berterusan menyamar menjadi dirinya di Facebook.

Menurut Reen, akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Reen Rahim itu sebenarnya sudah tidak boleh diaksesnya selepas digodam kira-kira dua tahun lalu.

“Asalnya itu memang akaun Facebook saya yang sudah digodam. Dalam tu masih ramai lagi kawan-kawan saya yang tak tahu.

“Walaupun pihak tersebut tidak memburukkan saya, tetapi saya tengok dia ada buat khidmat reviu semua. Jadi, tak seronoklah bila orang yang berurusan dengan penggodam itu merasakan seolah-olah sedang berurusan dengan saya.

“Kalau sekalipun nak guna akaun itu, tukarlah nama tu. Jangan guna nama saya,” katanya ketika dihubungi

Menurut Reen lagi, dia kini hanya menggunakan akaun Facebook atas nama Reen Rahim Official sahaja.

“Akaun yang digodam tu pun selalu update sama dengan apa yang saya selalu kongsikan di media sosial,” katanya.

Terdahulu, Reen menerusi satu entri di Instagram meminta peminatnya untuk tidak terpedaya dengan akaun Facebook yang menyalah gunakan nama dan gambarnya.


Sehingga kini akaun lamanya yang digodam itu mempunyai lebih 365,000 pengikut.

Rata-rata pengikutnya juga mengakui menyangkakan selama ini, itulah akaun Facebook rasminya.

“Ya ampun aku ingat akaun betul. Selama ni punyalah siap kata-kata manis di situ,” komen salah seorang peminatnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nak Gvna Pun Tukarlah Nama” Reen Rahim Ber@ng Pengg0dam Masih Menymar Gvna Akaun Facebooknya Hampir 2 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*