Azmin Tanya Khabar Tun M . Tapi Tangan Kanan Tun Kelihatan Digenggam. Ini Penjelasan Azmin Bila Ditanya

Di sebalik persendaan dan kecaman dibuat sesetengah orang terhadap Azmin Ali yang dilihat bergegas mahu menyapa bekas bosnya, Dr Mahathir Mohamad, di masjid baru-baru ini, menteri kanan terbabit mempunyai alasan tersendiri bertindak begitu.

Kata Azmin dia bertindak menyapa Mahathir atas semangat menghorm4ti orang yang lebih tua.

“Saya orang muda perlu tunjuk hormat kepada insan yang lebih tua,” katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata demikian selepas menghadiri majlis k0rb4n Perdana Penggerak Komuniti Negara Kedah di Dewan Taman Mahsuri, Padang Serai, hari ini.

Sejak sehari dua lalu tular klip video pendek menunjukkan Azmin yang bergegas menyapa Mahathir ketika kedua-dua berada di Masjid Putra, Putrajaya untuk menyertai solat Aidiladha.

Gambar troll yang tular di kalangan netizan

Turut kelihatan ialah seorang lagi menteri kanan, Dr Radzi Jidin.

Selain klip video, gambar kejadian itu juga tular di media sosial apabila semasa Azmin dan Radzi berada di sebelah Mahathir, tangan kanan perdana menteri ketujuh Malaysia itu kelihatan digenggam.

Untuk rekod Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri – dan kemudian membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan – selepas Azmin dan beberapa pengikut setianya meninggalkan PKR.

Muhyiddin Yassin pula membawa Bersatu meninggalkan PH di sebalik mandat yang diberikan rakyat Malaysia untuk menjadi kerajaan menggantikan BN.

Azmin berkata sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia, masyarakat tidak harus bermusuhan sehingga menyimpan dendam antara satu sama lain.

“Mungkin kita ada pandangan yang berbeza tetapi apabila di dalam masjid dan apa lagi pada hari raya, maka kita harus bertegur sapa dan mengucapkan selamat kepada beliau,” katanya.

Azmin – yang dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri oleh Muhyiddin – turut menarikan tindakannya itu mempunyai motif politik.

Sebaliknya kata Azmin, dia hanya mahu menunjukkan rasa hormat dan bertanya khabar saja.

Dia juga meminta agar insiden itu tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Berikut video penjelasan Azmin

Sebelum ini Tun M ada menasihati Azmin

Mengenai tawaran sebagai menteri mentor daripada Anwar, Mahathir berkata beliau sudah ada pengalaman menjadi penasihat kepada beberapa perdana menteri.

Abdullah Ahmad Badawi

“Mereka tak mau dengar. Mereka mahu bertindak sendiri, mereka mahu meninggalkan legasi sendiri

“Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Abdul Razak tak pernah dengar nasihat saya. Malah semasa dalam kerajaan sebelum ini, Anwar langsung tak mahu mendengar nasihat saya,” katanya.

Nasihat Tun M Kepada Azmin

Mengenai hubungannya dengan Azmin Ali, Mahathir berkata, perspektif politik bekas timbalan presiden PKR itu terlalu sempit dan hanya menumpukan perjuangannya melawan Anwar.

“Fokus utamanya banyak menentang Anwar, perjuangan politiknya hanya berkisar berbalah dengan Anwar. Itu perspektif yang terlalu sempit untuk seorang ahli politik.

“Kamu patut berfikir untuk membangunkan negara. Kamu tak boleh – hanya kerana kamu tak suka seseorang – kamu jadikan ia asas kepada semua tindakan kamu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia atau tidak bekerjasama dengan Azmin, Mahathir hanya menjawab: “Kita akan lihat bagaimana dia bekerja.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Azmin Tanya Khabar Tun M . Tapi Tangan Kanan Tun Kelihatan Digenggam. Ini Penjelasan Azmin Bila Ditanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*