Tiada Pilihan, Kes N@ik Mendadak! Filipina Kenkan Semula Perintah Berkvrung Dua Minggu

Presiden Rodrigo Duterte pada Isnin melaksanakan semula perintah berkurung di ibu kota Filipina dan beberapa wilayah lain di negara itu susulan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, lapor Awani.

Menurut jurucakapnya, Harry Roque, bandar Manila dan kawasan sekelilingnya yang mempunyai populasi penduduk sehingga 12 juta orang akan diwajibkan supaya kekal berada di rumah selama dua minggu berkuatkuasa pada Selasa.

Langkah itu yang ditentang oleh pegawai kewangan dan ekonomi sekali lagi akan melarang perjalanan yang tidak penting di luar rumah.

Pelaksanaan itu berikutan daripada gesaan 100 persatuan perubatan yang mewakili 80,000 doktor dan sejuta jururawat yang berharap pemerintah mengenakan kawalan yang lebih ketat.

Mereka meminta Duterte untuk mengenakan semula penutupan ketat di ibu kota bagi membolehkan pekerja kesihatan mempunyai “masa rehat” dan membiarkan pemerintah menilai semula tanggapannya terhadap wabak tersebut.

Jumlah kes COVID-19 di Filipina melonjak melebihi 103,000 kes pada Ahad dan kedua terbanyak di Asia Tenggara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Astro Awani

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tiada Pilihan, Kes N@ik Mendadak! Filipina Kenkan Semula Perintah Berkvrung Dua Minggu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*