Daler Yusuf Mohon Doa, Nenek Positif Covid-19 Kini Sedang Krltikal

Penularan virus pandemik Covid-19 masih lagi belum reda dan terhampus selagi tiada vaksin ditemui. Setakat ini, seluruh negara masih berdepan dengan masalah virus dari Wuhan, China ini.

Terbaru, nenek kepada pelakon berasal dari Uzbekistan, Daler Yusuf, dimaklumkan telah disahkan dijangkiti Covid-19, apabila keputusan saringan yang dibuat didapati positif.

Nenek sedang kritikal

Berita itu diberitahu sendiri oleh Daler menerusi muat naik di laman Instagramnya, di dalam entri pelakon kacak itu dengan berat hati memaklumkan neneknya kini sedang berada dalam keadaan kritikal.

Paru-paru dalam keadaan teruk

Daler memberitahu, neneknya masih berada dalam keadaan koma dan doktor yang merawat memaklumkan paru-paru neneknya dalam keadaan yang teruk.

“Dia currently dalam keadaan coma dan doktor cakap paru paru dia dalam keadaan teruk. Daler tak tahu nak buat mcm mana…”

Justeru, Daler berharap agar orang ramai sudi menyampaikan doa buat neneknya supaya segera sembuh dan mampu bertahan melawan Covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Daler Yusuf

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Daler Yusuf Mohon Doa, Nenek Positif Covid-19 Kini Sedang Krltikal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*