Tiada kata yang mampu diucapkan oleh Gabenor Beirut, Marwan Abboud saat melihat bandar tersebut musnah dalam dua letupan dahsyat semalam yang berlaku di sebuah pelabuhan dekat ibu kota Lebanon itu.
Menerusi sebuah video yang viral Twitter, Marwan dilihat mengesak tangis ketika menjawab soalan daripada wartawan berkenaan situasi di bandar Beirut.
After seeing , this tragic disaster and loss of so many humanity in Lebanon Beirut governor Marwan Abboud can't stop his tears while telling situation to media. #BeirutBlastpic.twitter.com/ZYOppSz3L3
Menurut terjemahan seorang netizen, Marwan katanya mengucapkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap bandar tersebut.
Rata-rata netizen yang melihat keadaan tersebut mengucapkan rasa simpati dan kata-kata semangat kepada Marwan di Twitter.
Lubnan akan cari dalang letupan
Dalam pada itu, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab berkata mereka akan mencari dalang yang menyebabkan letupan di pelabuhan di sini, yang setakat ini mengorbankan 73 orang dan mencederakan lebih 3,700 orang.
Menurut Harian Metro, Diab menyifatkan kejadian ini merupakan satu malapetaka besar yang berlaku kepada negara tersebut. “Sesiapa yang bertanggungjawab perlu dihukum kerana perbuatan mereka,” katanya.
Pun begitu, setakat ini kenyataan rasmi negara itu tidak menyifatkan letupan berkenaan sebagai satu serangan.
Pihak berkuasa Lebanon pula pada masa yang sama menjangkakan angka korban akan meningkat.
Sama-samalah kita doakan semoga mereka kuat. #PrayForLebanon
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini
Sumber:Lobak Merah
PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to commenton "Gabenor Beirut Menangls Saat Lihat Bandar Mvsnah, Lubnan Bersvmpah Cari D@lang Letvpan"
Be the first to comment on "Gabenor Beirut Menangls Saat Lihat Bandar Mvsnah, Lubnan Bersvmpah Cari D@lang Letvpan"