Guru Mavt Kereta Terjvnam Baru Sahaja Bergelar Isteri 10 Hari Yang Lalu

Kemalangan maut yang melibatkan dua guru selepas kereta yang dinaiki bersama dua lagi rakan sekerja terbabas sebelum terjunam ke gaung dekat Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar di sini, pagi tadi benar-benar mengejutkan ahli keluarga.

Baru sahaja berumah tangga

Lebih-lebih lagi salah seorang daripada mangsa yang maut Dayana Damsah, 27 baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 27 Julai 2020 iaitu lebih kurang 10 hari sebelum meninggal dunia akibat kemalangan.

Menerusi Berita Harian, ibu mertua kepada Dayana telah dimaklumkan oleh anaknya Nurhan Ayub, 27  dengan meminta segera ke hospital kerana menantunya itu terbabit kemalangan kira-kira 7.50 pagi.

“Ketika itu kami cuma dimaklumkan ada mangsa yang terkorban, namun identiti belum dapat dikenal pasti sehinggalah pengecaman dibuat ahli keluarga.”

Luahan suami

Menurut ibu mertua kepada mangsa lagi, anaknya dan allahyarham baharu sahaja mendirikan rumah tangga dan anaknya yang yang juga seorang jurutera terpaksa kembali bertugas ke Kemaman, Terengganu selepas cutinya tamat.

Dalam pada itu, suami mangsa turut meluahkan rasa terkejut dengan kejadian yang menimpa isteri dan memohon agar orang ramai mendoakan isterinya menerusi Facebook.

Terdahulu, kenderaan yang dinaiki 4 orang guru telah hilang kawalan dan terbabas sebelum menjunam di Kampung Kijang, berhampiran jambatan Merotai Besar. Kesemua mereka dalam perjalanan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Umas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Berita Harian, Facebook

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Guru Mavt Kereta Terjvnam Baru Sahaja Bergelar Isteri 10 Hari Yang Lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*