Seorang Lelaki Nyarls Mavt, Kren Terbalik Di Cheras

Sebuah kren model Kobelco seberat 26 tan dilaporkan terbalik di satu kawasan projek SUKE, berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras hari ini.

Komander Operasi Kanan, PKPgB Imam Bukhari Susami berkata, tragedi tersebut menyebabkan seorang mangsa, lelaki tempatan berusia 28 tahun terperangkap dan tersepit di bawah kren tersebut.

Mangsa tersepit bawah kren

“Pada pukul 9.50 pagi, mangsa berjaya dikeluarkan. Mangsa mengalami patah di bahagian kaki kiri…”

Menerusi kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGOKL), hari ini.Mangsa diserahkan kepada pihak ambulan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sebelum itu, PGOKL menerima panggilan kecemasan melalui talian MER999 pada pukul 7.54 pagi tadi, sebelum jentera penyelamat dihantar ke tempat kejadian.

Anggota dan jentera yang dikerahkan adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras serta jentera bantuan dari BBP Bandar Tun Razak, melibatkan dua (2) jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu (1) RRV dan satu (1) EMRS beserta 21 anggota.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:BERNAMA

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Seorang Lelaki Nyarls Mavt, Kren Terbalik Di Cheras"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*