“Tak Boleh Kurang Ajar Dgn Isteri Saya..” Aman Graseka

” Saya hairan kenapa anak boleh mengeluarkan kenyataan isteri tak membenarkannya bertemu saya?”

Demikian pengakuan pelakon, Aman Graseka, 53, yang menafikan isteri baharu, Reena Arina, 31, menghalangnya bertemu dengan anak perempuan, Nurdayini Ashiqah, 22, sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Nurdayini yang juga anak menerusi perkahwinan bersama penyanyi dangdut, Mas Idayu meluahkan kekesalan terhadap Reena yang difahamkan menghalangnya untuk bertemu Aman.

Menerusi entri Instagram, Nurdayini dan Reena dilihat ‘berperang’ mulut dan berbalas komen sekitar Mac lalu.

Bagaimanapun, aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Seri Angkasa pada 1999 itu menafikan isteri baharu menjadi penghalang hubungannya dengan anak.

” Ini semua tak betul. Saya ada menghubungi Nurdayini pada Ramadan lalu, tetapi dia tidak menjawab panggilan, mesej pun tidak dibalas.

” Reena tak pernah halang, malah sering bertanya dan mengingatkan saya untuk menghubungi anak.

” Nurdayini tak boleh terima hakikat saya sudah kahwin lain. Sekarang, dia sudah mempunyai adik apabila isteri melahirkan anak lelaki,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi filem Cinta Kita pada 1995 itu menegaskan, salah faham bukan berpunca daripada Reena.

” Saya tak mahu orang ramai memandang serong pada isteri. Disebabkan itu, saya mengeluarkan kenyataan untuk membersihkan nama Reena.

” Semua yang ditulis Nurdayini tidak betul dalam entri IG. Dia sengaja mahu memburukkan ibu tirinya.

” Reena tak pernah salah dan tak buat apa-apa untuk mengeruhkan keadaan,” katanya.

Kecewa bekas isteri campur tangan

Pelakon kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu mendakwa, dia kecewa apabila bekas isteri turut campur tangan dalam kekusutan yang berlaku.

” Sebelum ini, bekas isteri pernah membalas pesanan menerusi telefon Nurdayini dengan mengeluarkan perkataan yang tidak baik. Apa butirannya, biar saya sahaja yang tahu.

” Disebabkan itu, Reena membuat kenyataan dalam IG. Reena mestilah terasa dengan campur tangan bekas isteri.

” Sepatutnya, Nurdayini kena hormat ibu tiri seperti ibu kandung. Dia tak boleh kurang ajar dengan isteri saya.

” Saya tidak pernah membelakangkan anak, malah saya sudah meminta kebenaran sebelum bernikah bersama Reena,” katanya.

Aman berkata, dia berharap pengikut laman sosial tidak mempunyai persepsi negatif terhadap isterinya.

” Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan. Saya sentiasa berdoa agar hubungan kekeluargaan ini kembali jernih,” katanya.

Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006. Mereka dikurniakan Nurdayini.

Menerusi perkahwinan kedua bersama model dan pelakon baharu, Reena pada 2018, pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:http://limauais.pw/

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Boleh Kurang Ajar Dgn Isteri Saya..” Aman Graseka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*