“Mama Semua Orang Datang Dengan Abah…” Soalan Ank Buat Siti Nordiana Seb@k

Penyanyi Siti Nordiana akui sebak sebaik sahaja diajukan pertanyaan oleh anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie berkenaan dengan bapanya, Allahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop.

Nana mendedahkan perkara itu menerusi program Rumah No 107 yang bakal bersiaran pada Jumaat ini.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana memberitahu sukar untuk dirinya menjawab pertanyaan yang diajukan Rayyan.

“Ryan masa arwah abah dia meninggal umur dia baru dua tahun tujuh bulan, dia masih belum faham lagi.

“Tapi apabila sudah masuk sekolah dia ada bertanya pada saya juga, sebab kadang-kadang saya hantar sendiri ke sekolah jadi dia bertanya…

“Mama semua orang datang dengan abah dia, Rayyan sahaja datang dengan mama. Itulah soalan yang paling susah saya nak jawab sebenarnya.

“Saya jawab… Rayyan abahkan dah tak ada. Tak apa Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah untuk abah.

“Abah memerlukan doa Rayyan supaya abah senang dekat ‘sana’. Bila saya cakap macam tu barulah dia faham.

“Tetapi dia jarang bertanya berkenaan hal itu, cuma sebelum ini mungkin dia bertanya sebab dia melihat kawan-kawan dia ada abah,” kata Nana sebak.

Selain Nana, Tomok juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.

Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Untuk rekod, Nana mendirikan rumah tangga dengan pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie, pada 21 Mac 2008.

Bagaimanapun pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan untuk bercerai pada 14 September 2009. Faizal meninggal dunia pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mama Semua Orang Datang Dengan Abah…” Soalan Ank Buat Siti Nordiana Seb@k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*