Utuh 17 Tahun! Aaron Aziz Imbas Kenangan Kahwin, Peminat Usik “Amboi Dia Pvnya Hayun Tangan Lepas Sah…”

Pelakon Datuk Aaron Aziz dan isterinya, Datin Diyana Halik baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-17.

Istimewanya kali ini, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 44, mengimbas kembali kenangan mereka dengan memuat naik video akad nikah menerusi akaun Instagramnya.

“17 tahun dahulu. Sebelum @danishanaqiaaron sebelum @dwiarianaaaron sebelum @dahliaarissaaaron.

“Cepat betul masa berlalu. Semoga Allah berkati rumahtangga kami @diyanahalik. Happy Anniversary Dar,” coretnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan ucapan ulang tahun kepada pasangan sweet ini.

“Amboi tok kadi punya hayun tangan suruh sambut lafaz, bergegar,” usik @farain_zinodin

“Dia punya hayun tangan bila lepas sah @aarondwiaziz. Anyway, happy anniversary,” komen @ayang_ibrahim

“Lain macam dia punya shakehand bang… Risau pulak nengoknya, Happy anniversary both of you,” tulis @call.me.eim

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan rasa gembira dan bersyukur kerana perkahwinan Aaron dan Diana semakin utuh.

“Tak sangka dah 17 tahun dah bergelar suami isteri. Harap kekal hingga ke Jannah,” ucap @ahmadnazhan_2002

Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Utuh 17 Tahun! Aaron Aziz Imbas Kenangan Kahwin, Peminat Usik “Amboi Dia Pvnya Hayun Tangan Lepas Sah…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*