“Ada Yang Panggil Saya B*bi..” Imp@k Watak Nurul, Wafariena Roslan Pvas Hatl K3na Kecm

Nama pendatang baru, Wafariena Roslan, 25, mungkin kurang dikenali berbanding rakan-rakan artis BBNU yang lain.

Namun begitu, impak watak Nurul Ain yang dilakonkan oleh gadis ini dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 mula melonjakkan namanya.

Bersyukur kerana watak Nurul menerima kritikan netizen, gadis yang mesra dipanggil dengan nama Wafa ini menganggap perkara terbabit sebagai satu permulaan yang baik.

“Bila saya mendapat kritikan, maknanya watak Nurul berjaya meninggalkan kesan di hati peminat.

“Sebagai pendatang baru, saya sangat bersyukur apabila saya mendapat respon sebegini. Walaupun kena maki hamun, saya rasa berbaloi kerana apa yang saya cuba sampaikan berjaya.

“Saya juga tak sangka bila nama Nurul trending di laman sosial Twitter beberapa kali. Terima kasih kepada semua yang menonton,” katanya



Dalam pada itu, Wafa yang juga merupakan seorang penyanyi rasa berpuas hati apabila dikecam dan hanya menganggap perkara terbabit sebagai satu perkara yang kelakar.

“Sejujurnya, saya puas hati bila kena kecam. Ada yang menghantarkan mesej peribadi (DM) di laman Instagram dan memanggil saya babi.

“Ada juga yang merakam video mereka menonton drama terbabit dan apabila tiba babak yang melibatkan saya, mereka meletakkan kaki di kaca televisyen tanda protes.

“Paling lucu, ada wanita berpangkat mak cik bertemu saya di luar dan berpesan kepada saya agar tidak mengikut kehendak Mak Leha untuk mendekatkan diri dengan Khuzairi.


“Ada respon yang saya terima agak kurang ajar, tapi saya hanya gelak-gelak sahaja dan menganggap itu sebagai perkara yang kelakar.

“Apa yang Nurul paparkan hanya sekadar lakonan semata-mata. Saya yakin peminat dapat membezakan watak Nurul dengan diri saya yang sebenar,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 yang boleh ditonton di platform IQIYI bermula dari episod pertama!

Malah, pelanggan berpeluang menonton semula 7 Hari Mencintaiku musim pertama secara percuma di IQIYI.

Untuk memuat turun aplikasi IQIYI, saksikan video di bawah:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ada Yang Panggil Saya B*bi..” Imp@k Watak Nurul, Wafariena Roslan Pvas Hatl K3na Kecm"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*