Nak Bantu Semua 0rang, Ebit Lew Terp@ksa ‘Tlnggalkan’ Ank Blni Demi Elewsmart

Ustaz Ebit Lew antara salah seorang pendakwah bebas yang aktif dalam memberi sumbangan dan membantu keluarga kurang bernasib baik. Bahkan, ramai yang turut terinspirasi dengan sikap dan bantuan yang dihulurkan ustaz Ebit Lew dan berharap agar mereka juga mampu diberi kesempatan untuk berjaya sepertinya.

Terdahulu, UEL pernah meluahkan hasrat untuk menubuhkan kedai runcit dengan menawarkan harga barangan keperluan yang murah demi menyenangkan golongan yang memerlukan. Dengan izin-Nya, UEL akhirnya berjaya membuka kedai runcit yang mempunyai 10 cawangan di sekitar Lembah Klang.

Rindu bidadari di rumah dan anak2…

Menerusi perkongsiannya di Instagram, UEL meluahkan kerinduannya terhadap isteri dan anak-anaknya kerana sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah disebabkan sibuk membuat persiapan untuk pembukaan cawangan lain Elewsmart.

 

View this post on Instagram

 

Doakan yer. Rindu bidadari di rumah dan anak-anak. Dah berapa hari tak balik rumah tidur dekat DC @elewsmart . Semua team elewsmart bersama saya dalam niat memberi manfaat pada orang lain. Abang teruskan yer. Sayang abang. Mesej biadadari saya. Saya betul-betul kagum hormat dan sayang bidadari saya yang kuat menguruskan anak-anak dan keluarga. Hebatkan wanita ini. Doanya. Kata-katanya. Wajahnya. Itulah erti nikmat hidup bila memiliki bidadari walau masih didunia ini. Dialah bidadari disini dan disana insyaAllah. Rindu padanya dan anak-anak. Begitu juga keluarga elewsmart yang selalu bersama saya. Berjuang bersama. Dari awal pkp sampai sekarang. Doakan yer esok dan lusa pembukaan di Balakong Cheras dan Cyberjaya-ebitlew Elewsmart Saudaraku Murah

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Rindu bidadari di rumah dan anak-anak. Dah berapa hari tak balik rumah tidur dekat DC Elewsmart”. Kapsyen UEL.

Sebelum ini, UEL juga dipujioleh rakyat Malaysia kerana pada masa yang sama dapat menyediakan beberapa peluang pekerjaan buat individu-individu yang mahu bekerja di Elewsmart miliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Instagram.

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Nak Bantu Semua 0rang, Ebit Lew Terp@ksa ‘Tlnggalkan’ Ank Blni Demi Elewsmart"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*