“Lampu Isy4rat Lama Sang4t,” Pemuda Lep4k Sant4i Atas M0tor…

Bagi yang sudah memiliki lesen memandu anda pastinya akan berhadapan dengan situasi menunggu lampu isyarat hijau ketika berada di persimpangan jalan raya. Meskipun kebiasaannya lampu isyarat hanya mengambil masa yang singkat, ramai pemandu masih sempat untuk melakukan perkara lain sementara menunggu lampu tersebut bertukar kepada hijau.

Namun lain pula dengan kisah pada kali ini dimana terdapat seorang pemuda yang sedang melakukan lepak santai di atas motorsikal miliknya ketika menunggu lampu isyarat. Menerusi sebuah akaun Twitter yang dimiliki oleh @izatiesyazlinaa, dia telah memuat naik sebuah rakaman video pada petang kelmarin.

Dalam rakaman video tersebut memperlihatkan terdapat seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam sedang menunggu lampu isyarat sambil merehatkan dirinya di atas motorsikal tersebut. Hal ini kerana, lampu isyarat yang terletak di Shah Alam itu terlalu lama sehingga lelaki berkenaan sempat melakukan perkara tersebut.

Ternyata, keadaan tersebut telah mencetuskan gelak tawa beberapa orang gadis yang kebetulan berada bersebelahan dengan kenderaan lelaki terbabit sehingga mereka sempat merakam situasi lucu tersebut. Bukan itu sahaja, keadaan itu juga telah membuatkan warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat pengguna motorsikal berkenaan di dalam video tersebut.

“Hahaha dia punya bertenang dah macam patut bawa kerusi malas…”

“Steady ahh”.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lampu Isy4rat Lama Sang4t,” Pemuda Lep4k Sant4i Atas M0tor…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*