“Adakah Netizen Sekarang Sbod0h Itu?” Atikah Suhaime Beng4ng Gambar Mandl Dalm Kolam Dipertikai

Pelakon Atikah Suhaime memuat naik sekeping foto di dalam kolam renang yang mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikutnya mengenai keaslian foto tersebut.

Bahkan, ada yang mendakwa Atikah sudah melakukan suntingan terhadap gambar tersebut kerana terdapat imej herot pada imej pantulan pada air.

Begitupun, menurut Atikah, gambar yang diambil ketika bercuti di sebuah resort di Gambang, Pahang itu tidak disunting langsung.

Sebaliknya, jelasnya, ia hanyalah kesan biasan pada air secara semula jadi.

“Gambar asal ada kelihatan imej kaki besar di bahagian dasar. Adakah anda ingin cakap yang saya menyunting kaki besar di bawah ini?

“Kenapa perlu saya lakukannya? Adakah anda belajar mengenai pembiasan di sekolah atau netizen sekarang sebodoh itu?,” katanya menerusi satu entri di Instagram Story.

Terdahulu, Atikah yang memuat naik gambar dirinya berada di kolam infiniti seolah-olah sedang berenang di dalam tasik turut dipertikai.

“Gambar yang disunting? Saya boleh nampak pantulan lantai kolam ronang dalam air,” tulis seorang warganet.

Begitupun, Atikah kemudian menafikan terdapat suntingan dibuat selain menyindir bahawa foto tersebut sudah cukup sempurna termasuklah wajahnya.

“Wajah saya telah disunting oleh @vogueclinickl. Tak perlu untuk edit gambar saya di Instagram lagi,” jawabnya.

Atikah kini sedang bercuti bersama kekasih hatinya, Datuk Lokman Teh di Pahang.

Saksikan drama lakonan Atikah Suhaime di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘san1itizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV1D-19!

 

View this post on Instagram

 

The best place to be in Malaysia right now. 😍

A post shared by Atikah Suhaime 🇲🇨🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Adakah Netizen Sekarang Sbod0h Itu?” Atikah Suhaime Beng4ng Gambar Mandl Dalm Kolam Dipertikai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*