“Ini Yg Terakhir…,” Gara2 Perkngsian Uqasha Senrose, Ini Reaksi Mengeejut Michael Ang

Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa terharu selepas dirinya berpeluang untuk bersolat jemaah bersama kesemua krew dan pelakon drama arahannya di set pengambaran.

Menurut Michael, ini adalah kali pertama dia merasai pengalaman seperti ini dan dia turut berterima kasih kepada pelakon, Uqasha Senrose kerana merialisasikan perkara tersebut.

“Salam semua. Alhamdullilah dengan posting @uqashasenrose2 tadi hari ni semua nak bersolat berjemaah sama sama.

“Alhamdullilah. I rasa Ini kali pertama kat set aku yg semua Tiba-tiba nak solat berjemaah!

“Tq so much @uqashasenrose2 u memang power,” tulisnya.

Dalam pada itu, Michael turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukvm lebih-lebih lagi mengenai soal agama terutamanya melibatkan para selebriti dan krew disebalik tabir.

“Anyway pada u all yang selalu anggap kita orang dalam industry ni bukan-bukan, jangan la cepat menghukvm iman setiap manusia ada antara dia dan Allah.

“Luv u all n stay safe! Bukan nak menunjuk I just find this is so peaceful and this is my last posting on this matter!,” katanya lagi.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengarah berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis memuji usaha murni Micheal bersama anak-anak buahnya itu.

Terdahulu, Michael kini sibuk mengarahkan drama terbaru berjudul Perempuan Tanpa Dosa yang menampil Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai peneraju utama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Instagram Michael Ang

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ini Yg Terakhir…,” Gara2 Perkngsian Uqasha Senrose, Ini Reaksi Mengeejut Michael Ang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*