“Akv Menangls Dengar D0a Ustaz” Kemvnculan Menteri Ag@ma Di MeleTOP Bvat Rmai Sebk

Program MeleTOP yang berlangsung malam tadi mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hadir sebagai tetamu jemputan.

Kehadiran Dr Zulkifli disambut oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku pengacara.

Menerusi program yang berlangsung malam tadi, Dr Zulkifli dilihat banyak memberi mesej dan nasihat bermanfaat kepada orang ramai terutamanya mengenai erti penghijrahan.

Malah, Dr Zulkifli turut menjelaskan tujuan sebenar dia bersetuju untuk muncul dalam program MeleTOP.

“Saya mahu orang tengok Islam ini mereka sayang bukan takut. Saya nak orang suka, sebab itu saya ok bila nak masuk MeleTOP.

“Saya mahu gambarkan Islam ini sesuai di semua keadaan,” katanya.

Bagi yang terlepas untuk menonton program MeleTOP semalam, anda boleh lihat video penuh di YouTube di bawah.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata memuji konsep yang diketengahkan MeleTOP minggu ini.

Ada yang gembira, namun tidak kurang juga yang sebak apabila melihat susun atur kata-kata menteri yang tersusun dan sangat menjaga adab.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Akv Menangls Dengar D0a Ustaz” Kemvnculan Menteri Ag@ma Di MeleTOP Bvat Rmai Sebk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*