Almy Nadia Dem@m, Ank Sulung Ganti Jaga Adik-Adik

Pelakon Datin Almy Nadia, 34, meluahkan rasa syukur selepas anak sulungnya, Nur Afrina Arianna sudah boleh diharapkan walaupun baru berumur lima tahun.

Menurut Almy, Afrina telah mengganti tempatnya untuk menjaga dirinya dan dua orang adik yang sama-sama tidak sihat.

“Nasib ada dia, bersyukur sangat! Walaupun umur lima tahun, dia ganti tempat mama dia jaga mama dengan adik-adik.

“Boleh diharap bila mama sakit demam, adik-adik sakit, dia lah yang jaga kami bila papa kerja. Sayang kakak,” kongsinya di Instagram Stories.

Pemilik nama Almy Nadia Aminuddin Shah turut berkongsi rakaman video Afriana meletakkan koolfever di dahi selain sedang menyuap adiknya makan bubur.



Dalam pada itu, suami Almy iaitu aktor Datuk Fizz Fairuz turut kagum melihat sikap Afrina menjaga keluarga.

“Besar dah kakak, dah boleh jaga keluarga. Siap bagi ubat tau hahaha,” tulisnya.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Almy Nadia Dem@m, Ank Sulung Ganti Jaga Adik-Adik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*