Didkwa Gvna Bvdaya India Untuk ‘Profit’, Mira Filzah Tampil Mohon Maaf

Sejak semalam, gambar-gambar Mira Filzah yang cantik mengenakan pakaian masyarakat India telah tular di media sosial. Pemakaian persis ratu Bollywood tersebut adalah bertujuan untuk mempromosikan jenama kanta lekap yang berkolobrasi dengannya.

Guna budaya orang untuk keuntungan?

Namun begitu, disebabkan ‘mulut pedas’ netizen yang menyentuh isu perkauman hanya kerana aksesori yang dipakai Mira, terdapat beberapa kritikan mengenai pemakaian tersebut sehingga menjadikan satu isu yang tular di Twitter.

Seorang pengguna telah menyatakan rasa kurang senang dengan pemilihan Mira menggunakan tema pemakaian Bollywood kerana dilihat seakan-akan menggunakan sesuatu budaya demi keuntungan.

Mira mohon maaf andai ada salah faham

Disebabkan hal tersebut, netizen di Twitter mulai berbalah sehingga mengakibatkan perkara itu menjadi besar. Ada yang menyokong kenyataan daripada pengguna Twitter yang dikenali sebagai eshwaaaaaarya dan ada juga yang menyangkal dakwaan sebegitu.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Mira telah membalas kenyataan wanita tersebut dengan meminta maaf andai dia melakukan perkara yang salah. Dia turut menerangkan keadaan sebenar yang mana konsep tersebut dibuat adalah kerana dia amat meminati industri seni Bollywood sejak kecil lagi.

Semua sudah selesai…

Berpuas hati dengan penerangan yang diberikan Mira Filzah, wanita tersebut mengucapkan terima kasih kerana menjelaskan hal sebenar.

Dia juga sempat mencadangkan kepada Mira supaya boleh menerangkan mengenai budaya setiap kaum terutama India andai mengenakan pemakaian sebegitu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Twitter

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Didkwa Gvna Bvdaya India Untuk ‘Profit’, Mira Filzah Tampil Mohon Maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*