“Semalam Baru Pakai Sari Lepastu..” Auntie Siap Tolong Betulkan Dan Hadiahkan Sari Dekat Wanlta Melayu Ini

Ketika di media sosial hangat memperkatakan isu cultural appropriation, lain pula @kynajusha, dia pelik kerana tak lama sebelum kontroversi ini berlaku, dia yang merupakan penggemar sari memakai pakaian tradisi itu ketika menaiki pengangkutan awam malah kerapkali dipuji cantik oleh bangsa India sendiri.

Ceritanya begini, wanita bernama Kyna ini plan nak buat video kemerdekaan di Batu Cave bersama kawan-kawannya, sementara nak ke Batu Cave itu, Kyna ada beli Sari untuk dipakai ketika singgah di KL Sentral.

Katanya, wanita India yang menjaga kedai tersebut begitu baik sehingga sanggup buka baju dua tiga kali untuk memastikan dia nampak lawa dan kemas apabila memakainya.

Ketika dalam perjalanan dan ke Batu Cave, Kyna ada terjumpa dengan seorang Auntie ni, dan waktu inilah timbulnya elemen perpaduan antara mereka.

Sumber: Twitter

Auntie tersebut bantu membetulkan sarinya, sambil-sambil itu dia tanya samada Kyna suka pada Sari atau tidak dan Kyna menjelaskan bahawa dirinya memang benar-benar suka sari.

Disebabkan itu, Kyna dan Auntie tersebut bertukar nombor, amat mengharukan apabila Auntie itu sanggup naik motor dari Selayang ke Batu Cave untuk memberikan 7 pasang sari kepada Kyna.

Korang boleh tonton video perkongsian ini menerusi laman Instagramnya.


Tweet yang dikongsikan itu telah meraih hampir 24K retweets dan rata-rata netizen kongsikan pengalaman sama mereka memakai pakaian India mereka.

What you did is appreciation – Netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Semalam Baru Pakai Sari Lepastu..” Auntie Siap Tolong Betulkan Dan Hadiahkan Sari Dekat Wanlta Melayu Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*