Dr Fadzilah Kamsah ‘0p3rate’ M@ta, M0hon Doa Semua

Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menjalani pembedahan mata sebelah kanannya di Hospital Selayang, Selangor pagi ini.

Menerusi sekeping gambar di Facebook rasmi miliknya, kapsyen posting berkenaan memohon jasa baik warganet mendoakan beliau agar proses pembedahan berjalan dengan lancar serta lancar.

“Tok Abah (nama panggilan) nak tidur, selepas diziarahi lima doktor Unit Kecemasan & Trauma Hospital Selayang.
“InsyaAllah akan melakukan pembedahan mata kanan esok jam 8.30 pagi. Mohon doa sahabat2 FB yang dikasihi. Moga semuanya selamat. Aamiin,” tulis admin posting berkenaan.

Walau bagaimanapun, penceramah berusia 69 tahun itu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai kesihatan mata dan punca yang dialami.

Posting tersebut menerima 104,000 tanda suka dan 18,000 komen netizen dimana rata-rata menitipkan doa supaya dipermudahkan segala rawatan dan diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.

Semoga diberi kesembuhan

Dilindungi & dipermudahkan

Pakar2 mata di hospital tu memang cekap!

Terdahulu, sebuah lagi posting turut dikongsi pada Februari lalu yang memaparkan beliau sedang berehat di atas katil hospital selepas selesai melakukan pembedahan mata.

Posting 6 bulan lalu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mohd Fadzilah Kamsah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dr Fadzilah Kamsah ‘0p3rate’ M@ta, M0hon Doa Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*