“Kalau Nak Pergl Atau Tak Selesa Dengan Saya… Itu Pilihan Dia” Wani Kayrie T@war Hati, Pel1k Dengan Sikap Afieq Shazwan

PENYANYI dan pelakon Wani Kayrie terkejut dengan dakwaan Afieq Shazwan kononnya kehadiran orang ketiga menjadi punca hubungan mereka mula dingin.

Tegas Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 20, dia tidak mempunyai seseorang yang dianggap istimewa seperti yang didakwa Afieq.

“Sebenarnya saya baik-baik saja dengan Afieq, tapi tak tahu apa yang dia simpan dalam hati. Saya tak pasti kenapa Afiq keluarkan kenyataan mengenai hubungan kami.

Wani mahu fokus kepada karier seni dan pelajaran.

“Bagi saya, kalau ada masalah sepatutnya diselesaikan antara kami. Saya tak ada kekasih atau teman istimewa seperti yang didakwa. Kalau dia nak pergi atau tak selesa dengan saya, itu pilihan dia.

“Sebelum ini memang kami rapat tapi sekarang masing-masing sibuk dan fokus karier sendiri. Lagipun saya tak nak orang asyik cakap di mana-mana ada kami berdua. Biarlah kami berdiri di atas kaki sendiri,” kata Wani kepada mStar.

Sebelum ini, Afieq tidak pernah mengiyakan atau menidakkan mengenai hubungan istimewa yang terjalin bersama Wani.

Namun persoalan bakal terjawab menerusi single terbaharu yang bakal dilancarkan September depan.

Saya lagi tak selesa apabila ada orang yang rapat tanya betul ke ada orang ketiga dalam hubungan kami.

WANI KAYRIE

PENYANYI & PELAKON

Afieq juga memberi bayangan single berkenaan ada kena mengena dengan kisah hidupnya.

Dalam pada itu, Wani memberitahu dia sedikit terkesan dengan kenyataan Afieq mengaitkan lagu Lelaki Di Telefon dan single terbaharunya dengan hubungan mereka.

Malah, penyanyi lagu Magika itu mengakui dia tidak selesa apabila ada kenalan rapat bertanyakan perkara tersebut kepadanya.

Wani tidak mempunyai seseorang istimewa seperti yang didakwa.

“Saya terasa juga dengan kenyataan Afieq. Sebelum ini pun, dia ada kata lagu Lelaki Di Telefon itu ada kaitan dengan kawan wanitanya yang rapat berlaku curang. Kali ini, lagu baharu dia pun kata ada kaitan dengan kehidupannya.

“Jadi, sudah tentu orang akan kaitkan saya sebab kami memang rapat. Tapi saya lagi tak selesa apabila ada orang yang rapat tanya betul ke ada orang ketiga dalam hubungan kami.

“Tapi tak apa la, saya tak kisah… suka hati dia la nak buat lagu apa. Sebab saya sendiri tak pasti lagu itu ditujukan untuk saya atau tidak. Lagipun sekarang saya hanya ingin fokus pada karier seni dan kolej,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Nak Pergl Atau Tak Selesa Dengan Saya… Itu Pilihan Dia” Wani Kayrie T@war Hati, Pel1k Dengan Sikap Afieq Shazwan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*