Pandemik COVID-19 Dijangka Berakhlr Kvrang Dua Tahun – WHO

Mengikut data semasa, jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencatatkan sebanyak 22.8 juta kes. Daripada jumlah itu, 14.6 juta telah pulih dan 796,000 menjadi korban.

Ketika ini, beberapa negara sedang berlumba menghasilkan vaksin bagi menamatkan segera penularan wabak itu.

Dan pada masa sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kenyataan terbaharunya menjangkakan — pandemik yang menghantui penduduk seluruh dunia itu kini diramal akan berakhir dalam tempoh tidak kurang dua tahun lagi.

Berita Harian dalam laporannya hari ini memaklumkan, Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus membuat perbandingan tersebut dengan pandemik selsema yang berlaku pada 1918.

Katanya, meskipun kesalinghubungan manusia pada zaman ini membuatkan virus itu lebih mudah tersebar dengan pantas — namun berbekalkan kelebihan teknologi seperti kepesatan pembangunan vaksin ketika ini, pihaknya berharap pandemik COVID-19 dapat dipulihkan dalam tempoh kurang dua tahun lagi, lebih singkat berbanding ketika pandemik selsema.

Justeru, beliau sekali lagi mengulangi gesaan penduduk dunia agar bersama-sama memikul tanggungjawab memerangi penularan wabak tersebut.

Pandemik selsema 1918 dilapor telah mengorbankan sekurang-kurangnya 50 juta penduduk dunia.

Selain itu, WHO juga turut menasihatkan kanak-kanak berumur 12 tahun mengamalkan pemakaian pelitup muka sama seperti orang dewasa, kerana ia berupaya membantu menghentikan penyebaran virus.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pandemik COVID-19 Dijangka Berakhlr Kvrang Dua Tahun – WHO"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*