“Setakat Ini 90 Peratus Guna Pembiayaan Sendiri,” Mira Filzah ‘Update’ Persiapan Kahwin, Bakal Sarung Busana Rizman Ruzaini Dan Fizi Woo

“Alhamdulillah, persiapan berjalan dengan lancar.” Itu perkongsian daripada pelakon popular, Mira Filzah selepas ditanya mengenai perkembangan persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Meski tidak memberikan perkongsian secara terperinci mengenai majlis raja sehari yang akan dijalankan, bintang ini tetap terbuka berkongsi menjelang hari istimewanya itu.

“Insya-Allah kami akan mengadakan beberapa majlis resepsi. Bagaimanapun, saya ingin beritahu awal-awal kepada semua, atas kekangan semasa yang tidak menentu, jadi kami hanya menjemput sekitar 200 hingga 250 sahaja bagi setiap majlis.

“Kami pun tidak mahu mengambil risiko meski sejujurnya ramai yang ingin kami jemput. Terpaksa dipecah-pecahkan senarai tetamu untuk beberapa majlis yang akan berlangsung nanti,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai gaun perkahwinan serta tajaan perkahwinan, pelakon Sweet Dreams itu lebih selesa menguruskannya sendiri.

Apatah lagi, ia merupakan suatu fasa bermakna buat dirinya dan baka suami.

“Soal persiapan tidak boleh saya kongsikan secara terperinci, cuma insya-Allah saya akan menggayakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan Fizi Woo.

“Saya juga memilih untuk menguruskan sendiri soal perkahwinan. Apa yang boleh saya cakap setakat ini, kira-kira 90 peratus menggunakan pembiayaan sendiri.

“Momen indah ini insya-Allah akan berlaku sekali dalam hidup. Kalau boleh saya mahu ia berjalan sebagaimana yang saya impi dan rancangkan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kerana ada pihak yang sudi bertanya mengenai soal tajaan majlis perkahwinan kami.

“Cuma rasanya setakat ini, saya rasa lebih puas andai diri sendiri yang memilih dan menentukan,” akuinya jujur.

Mira terdahulu ditemui pada majlis rakaman program realiti, Ratu Hijabista di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Sementara itu, Mira turut mengulas berhubung isu ‘cultural appropriation’ seperti yang didakwa.

Jelasnya, dia tidak berniat menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.

Tampil membuat permohohan maaf andai ada pihak yang kurang senang, hal tersebut juga tanpa sengaja mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Ikuti penjelasan Mira mengenai perkara tersebut di sini;

 

View this post on Instagram

 

andai ada pihak yang kurang senang, hal tersebut juga tanpa sengaja mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: MH

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Setakat Ini 90 Peratus Guna Pembiayaan Sendiri,” Mira Filzah ‘Update’ Persiapan Kahwin, Bakal Sarung Busana Rizman Ruzaini Dan Fizi Woo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*